Masa bantahan tamat, SPR umum 3 calon tanding Kuala Terengganu


[KEMASKINI 11 PAGI] KUALA TERENGGANU, 6 JANUARI (SK)- PROSES Penamaan calon hari ini tamat apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiga calon layak bertanding selepas masa bantahan tamat.

Menurut laporan wakil kami yang berada di pusat penamaan calon, tiga calon berkenaan n ialah, Abdul Wahid Endut, seorang calon bebas, Azharudin Mohd @ Adam dan calon Barisan Nasional, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

Berita Terdahulu;

Calon Akim tarik diri, minta sokong Pas

[KEMASKINI 10.15 PAGI]KUALA TERENGGANU,6 Januari (SK)-SELEPAS proses pecalonan, SPR telah mengumumkan tiga calon telah menghantar borang percalonan bagi perebutan kerusi P36 Kuala Terengganu.

Sehingga kini, ketiga-tiga pihak dalam proses bantahan yang akan tamat pada kira-kira jam 11 pagi nanti.

Tiga calon berkenaan ialah, Abdul Wahid Endut, seorang calon bebas, Azharudin Mohd @ Adam dan calon Barisan Nasional, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sebelum itu, media melaporkan Naib Presiden Angkatan Keadilan (Akim), Harun Mohamad telah memutuskan untuk tidak bertanding pada saat-saat terakhir bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.20 pagi tadi bagi menyerahkan borangnya bagaimanapun telah mengubah fikirannya atas alasan peribadi dan politik.

Harun yang pernah bertanding bagi Dun Batu Buruk pada tahun 1974 turut meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar Akim dan PAS adalah selaras untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam.

BERITA SEBELUM INI

25 Ribu iringi calon PAS

[KEMASKINI 10.00 PAGI]KUALA TERENGGANU,6 Januari (SK)-Sekurang-kurangnya 25000 penyokong Pakatan Rakyat berarak mengiringi calon PAS, Abdul Wahid Endut ke Pusat Penamaan Calon di Stadium Negeri di sini.

Abdul Wahid memasuki pekarangan Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud untuk proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada pukul 9.15 pagi.

Beliau diiringi oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang lain.

Barisan Pimpinan yang turut mengiringi calon berkenaan selain dari Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pas yang lain Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali yang menjadi delegasi bagi pihak KeADILan ke pusat penamaan calon.

Selain itu, pimpinan KeADILan yang turut menyertai perarakan ialah Naib Presiden Azmin Ali serta Mustafa Kamil Ayob serta Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin.

Selain itu, dilaporkan juga Pemimpin Utama DAP Lim Kit Siang, serta beberapa pimpinan DAP yang lain turut bersama-sama berada di pusat penamaan calon tersebut.
Wakil kami, Rozaini Mohd Rosli berkata, selain Pas dan Barisan Nasional yang diwakili Wan Ahmad Farid Wan Salleh , dikatakan kira-kira dua calon lain sedang menghantar borang.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Razali menang kerusi itu dengan majoriti 628 undi.

Proses pengundian akan diadakan pada 17 Januari ini yang akan melibatkan kira-kira 80,229 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.