mat taib merayu ayat kesian kat blog dia.....dah la taib...bohong je semua

Kerajaan Negeri Perak Kejam

Seperti sudah diduga sebagaimana pernah berlaku di Terengganu dahulu bilamana PAS mengambilalih pemerintahan kerajaan Negeri dari Barisan Nasional. Perkara yang sama telah berlaku dan kini sedang berlaku di Perak bila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri.

Antara cepat dan lama sahaja tetapi akhirnya perkara yang sama berlaku juga. saya amat kesal dengan tindakan yang tidak mengambil kira kepentingan umum yang dilakukan oleh PR di Perak. Tindakan mereka mengunci pintu dewan yang dijadikan 700 kelas Tadika Kemas membabitkan lebih 11,000 kanak-kanak disifatkan sebagai perbuatan angkuh dan terlalu mementingkan kuasa.

Rasa kecewa kerana tindakan itu boleh mengakibatkan kanak-kanak yang mendaftar untuk mengikuti pendidikan pra sekolah tidak dapat berbuat demikian hari ini.

Saya sendiri meninjau dan melihat tindakan yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin parti pembangkang itu. Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, terutama jika kerajaan itu mengutamakan kebajikan kanak-kanak terbabit dan berperikemanusiaan, tetapi sebaliknya mereka bertindak tidak mencerminkan apa yang dikatakan sebelum ini iaitu sebagai kerajaan kebajikan yang mementingkan rakyat.

Kesan dari tindakan tersebut, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggongjawab kepada kepentingan rakyat Barisan Nasional yang masih menjadi kerajaan pusat, saya mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya segera mencari premis baru di kawasan berhampiran dewan yang dikunci itu untuk disewa atau dibeli.

Cumanya kita bimbang kedudukan premis baru nanti lebih jauh dan akan menyukarkan ibu bapa kanak-kanak terbabit, berbanding dewan yang selalunya dibina di sekitar kawasan penempatan.

Dengan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan pembangkang itu juga menyukarkan pihak saya untuk mengadakan perbincangan bagi menangani isu berkenaan.


dah la hang dok wat citer macam2 ni..malu je...hang wat ayat sedih..lagiorang benci dengan hang...muka hang pun rakyat dah cop hang penipu..ni lagi la hang nak wat prihatin...aku kesian sangat kat hang taib..

No comments

Powered by Blogger.