Memo MCA/BN kepada Pengundi Cina Kuala Terengganu
Dibawah adalah terjemahan tulisan Cina diatas.
“Kepada semua pengundi berbangsa Cina
diParlimen Kuala Terengganu.
Ingat tanggungjawab anda semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam.
Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang-undang kuno (ketinggalan zaman) yang dibuat ketika Islam mula dinegara-negara Arab.
Jika kemenangan Pas di kuala Terengganu ini terjadi maka semakin kuatlah PAS untuk meneruskan cita-citanya melaksanakan undang-undang Islam yang kuno dinegara ini.
Kita tidak memusuhi Islam atau Melayu tetapi kita menolak Islam lama yang kolot pemikiranya. Kita perlu mengundi dan mempertahankan Barisan nasional. BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi yang yelah mencipta Islam Hadhari-Islam moden yang cukup liberal dan amat sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Ramai orang Melayu terkeliru dengan kempen Pas yang mengatakan Islam Hadhari haram kerana tidak sama dengan Islam yang tercipta di Arab. Apa jua ugama harus berubah mengikut masa yang penting. Islam Hadhari menjamin hak asasi rakyat dan kemajuan Negara. Sebaliknya Pas ingin membawa kita kezaman kolot Islam seperti di Arab.
Pas cuba berselindung dengan wajah Anwar dan PKR. Harap pengundi bukan melayu tidak terkeliru dengan imej Anwar. Dia hanya menggunakan Melayu untuk menarik undi. Sejarah Anwar ialah dia seorang yang ekstrem Melayu dan Islam. Ketika zaman mudanya dia sibuk membangkitkan semangat Melayu dan turut merusuh untuk mempertahankan bahasa Melayu, budaya Melayu dan hak Melayu saja. Dia juga merusuh kerana penduduk Melayu yang kononya kelaparan. Dia hanya tahu merusuh tetapi hanya untuk hak Melayu.
Namun kini Anwar cuba muncul gunakan parti perlbagai kaum. Ingat ini semua palsu. Selepas mendapat kuasa, Anwar akan kembali menjadi ekstrim Melayu. Malah orang Melayu dalam negara ini akan menjadi terlampau berkuasa akhirnya bukan melayu akan tertindas dalam keadaan tidak mampu berkata apa.
Pengundi bukan melayu di Kuala Terengganu penentu nasib rakyat dinegara ini. Sama ada Negara akan mundur di bawah undang-undang Islam dan ditadbir oleh golongan ekstrem Melayu atau kekal maju dan makmur dibawah Barisan Nasional.
Undilah BN.
No comments
Post a Comment