mengapa kata kat orang? tak perlu ke najib sendiri yang berubah?

PUTRAJAYA 20 Jan. - Imej negatif UMNO dan sikap sesetengah pemimpinnya yang kurang mesra di mata rakyat merupakan antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, UMNO perlu mengubah budaya dan imejnya agar disenangi oleh rakyat.

“Pemimpin UMNO di semua peringkat mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian bagi Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. - Bernama


bagitau kat mama tu.....berubah la no...

No comments

Powered by Blogger.