* MUTAKHIR SPRM tahan 12 individu untuk siasatan rasuah politik

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan dua belas individu yang dikatakan terbabit menerima rasuah daripada seorang ahli politik baru-baru ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdullah, berkata 12 individu terbabit ditahan sejak petang semalam di sekitar daerah Maran dan Temerloh.

“Bagaimanapun, 11 daripada mereka sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini, manakala seorang lagi masih ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Shukri berkata, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu dakwaan menerima wang tunai antara RM300 hingga RM500 seorang bagi membantu ahli politik berkenaan untuk memenangi jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Mac ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada tangkapan masih dilakukan bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Semalam, SPRM berkata tiga orang, termasuk seorang Naib Ketua Umno Bahagian di Perak, akan dihadapkan ke mahkamah esok terhadap pertuduhan memberi wang rasuah ketika pemilihan Umno Bahagian pada awal November lalu.

No comments

Powered by Blogger.