nah...ini bukti najib dan pak lah mengamalkan negara berkebajikan..anda lihat!

Najib berkata Malaysia sememangnya negara kebajikan kerana kerajaan BN sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

"Tak payahlah nak kata kita ini negara kebajikan, tak payah buat label kerana hakikatnya kita memang sudah negara kebajikan. Tak payah nak kata nak perjuangkan negara kebajikan kerana Malaysia di bawah pimpinan Abdullah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) amat-amat cakna kepada kepentingan rakyat," katanya.

Al Husseyn : Betul apa yang mulut bacul lagi berbuih itu kata. Lihatlah kediaman kroni-kroni pepuak Umno :


Tapi jangan lupa, bahawa kebanyakan rakyat Malaysia papa kedana dan hidup melarat dan tinggal dirumah yang seperti bangsal kambing atau reban ayam.Yang ada rumah teres tu atau banglo jangan ngada-ngada - macam aku ni dah pencen pun masih lagi berhutang bayar duit rumah!

Lihatlah rumah banglo kami : bukti kebajikan yang BN/Umno katakan itu.

Bila melihat Istana Arwah Zakaria Derus di Kelang tu, jangan lupa kepada Zakaria juga, tapi yang di Gambang.Lihatlah ceritanya kat sini

Najib berkata lagi : Program 'cari-cari' yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di mana pegawai kementerian turun padang mencari rakyat yang memerlukan bantuan dan membantu mereka, adalah amat berkesan.

Al Husseyn : Program ‘cari-cari’ ni ngingatkan saya kepada Pak Lah yang kononnya mencari-cari al Ghazali dan As Shafie dan hingga ke saat ini belum terjumpa lagi.

Atau program 'cari-cari' yang Najib kata tu serupa sebagaimana polis cari budak yang hilang tak jumpa-jumpa? Mana nak jumpa.....polis sibuk jaga orang berceramah. PRK Kuala Trengganu depa berlonggok kat situ 6 ribu orang , menurut angka resminya. Yang tak resminya entah berapa pula.

Tidak hairanlah indeks kes jenayah khususnya kes curi motosikal dan ragut mencatatkan peningkatan ketara. Bayangkanlah , motosikal dan beg tangan pun tidak selamat ; tetapi mereka lebih sibuk memantau aktiviti ceramah ugama dan perhimpunan parti politik pihak pembangkang. Lihat Indeks jenayah disini


http://alhusseyn51.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.