pak lah tahu mana silap...jangan gelabah la

(Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tewas kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam tidak bermakna Umno dan Barisan Nasional (BN) akan mengabaikan penduduk di kawasan itu.

"Bagi BN dan Umno, kita akan terus memberi khidmat kepada rakyat di kawasan itu khususnya kerana kita menganggap keputusan ini bukanlah suatu keputusan yang kerananya kita lupakan kawasan berkenaan," kata pengerusi BN dan presiden Umno itu.

Pada pilihan raya itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Perdana Menteri mengulas mengenai keputusan itu sejurus tiba di sini pada Ahad untuk memulakan lawatan rasmi ke Bahrain, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selama enam hari.

BN menerima keputusan pilihan raya itu dan mengucapkan tahniah kepada calon PAS, kata beliau.

Menurut perdana menteri, Wan Ahmad Farid telah memaklumkan kepada beliau berhubung hasratnya untuk terus memberikan khidmat di kawasan itu.

"Walaupun tidak dipilih untuk menjadi anggota Parlimen, tetapi dia tetap akan berkhidmat dan apa juga bantuan yang diperlukan oleh rakyat, beliau akan berusaha untuk membantu apakah yang menjadi kebimbangan rakyat," kata Abdullah sambil menjelaskan penduduk tempatan boleh terus memanfaatkan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
selanjut....


pak lah tahu la kalah kat mana..kelemahan kat mana....hehehehe...jangan dok risau la..pak lah pun rileks je....

"Biarlah laporan mengenainya dibuat secepat mungkin supaya kita tahu apa yang sebenarnya berlaku dan dengan itu dapat kita mengambil tindakan segera supaya apa yang menjadi masalah, apa yang tidak disenangi oleh rakyat berkaitan dengan parti kita atau apa-apa sebab lain, dapat diberi perhatian dan diatasi secepat mungkin," kata Abdullah.

No comments

Powered by Blogger.