rakyat bukan bodoh macam mat taib
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menegaskan bantuan yang dihulur kepada rakyat termasuk rakyat Terengganu, bukan 'gula-gula' untuk memikat pengundi.
Katanya lazimnya setiap kali pilihan raya berlangsung, pembangkang akan mengunakan pelbagai isu termasuk mendakwa pemberian dan segala bentuk bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat setempat sebagai sogokan untuk menarik sokongan.
Sedangkan, katanya, kerajaan terutama menerusi kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira waktu.
"Kerajaan tak mahu rakyat yang layak menerima bantuan ketinggalan dan dinafikan hak mereka. Kita bukan hanya beri semasa pilihan raya sahaja, saya sendiri, tiap-tiap minggu masuk kampung, ladang, jumpa Orang Asli, pergi ke kawasan luar-luar bandar untuk beri bantuan.
"Bermacam-macam projek bernilai bilion ringgit kita luluskan untuk rakyat di luar bandar, kebetulan ini masa pilihan raya. Tak adil pula kalau kita tak beri (bantuan) kepada penduduk miskin di sini sedangkan di tempat lain kita beri," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Bersama Pemimpin di pekarangan Flat Bukit Kecil, di sini, hari ini.
Turut hadir merasmikan majlis itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Seramai 250 penduduk menerima sumbangan bantuan makanan daripada KEMAS negeri Terengganu.
Muhammad berkata kementerian tidak mengabaikan golongan miskin dengan memberi pelbagai bentuk bantuan, selain mensasarkan miskin tegar sifar di seluruh negara menjelang tahun depan.
"Untuk tahun ini saja kita peruntukan RM500 juta untuk membina 17,000 unit rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Peruntukan telah pun diluluskan kementerian kewangan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri Terengganu perlu diberi masa untuk membuktikan usaha membasmi kemiskinan di kalangan penduduk negeri itu berhasil.
Katanya tidak wajar untuk mana-mana pihak mengatakan program pembangunan yang dilakukan kerajaan negeri gagal, apatah lagi menuduh kerajaan negeri gagal dengan mendakwa Terengganu negeri kaya tetapi ramai rakyatnya miskin.
"Sudah beberapa tahun Terengganu membuktikan berjaya dalam bidang pendidikan, paling ramai pelajar cemerlang, pelaburan kerajaan negeri menerusi penghasilan pelajar-pelajar inilah nanti yang akan memberi manfaat besar untuk negeri ini, " katanya.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment