rehatkan beberapa individu ini kalau nak menang!

Selain itu, beberapa orang yang dilihat tidak menguntungkan BN dalam kempen pilihan raya kecil itu harus direhatkan agar kehadiran individu berkenaan tidak akan mengganggu peluang BN.

Selain itu, beberapa orang yang dilihat tidak menguntungkan BN dalam kempen pilihan raya kecil itu harus direhatkan agar kehadiran individu berkenaan tidak akan mengganggu peluang BN.

Beberapa Cadangan Menarik Dari Penyokong Umno

PILIHAN RAYA KECIL KUALA TERENGGANU PADA 17 JAN. 2009. Ini merupakan ujian kali kedua kepada Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihanraya umum ke 12. Pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan calon-calon yang bertanding majoritinya adalah pilihan pucuk pimpinan.

Ramai pemerhati politik berpendapat kekalahan calon BN pada pilihanraya umum lalu kerana pucuk pimpinan tidak mengambil kira langsung pandangan bahagian-bahagian. Pucuk pimpinan harus peka terhadap pandangan akar umbi berhubung calon yang akan mewakili BN. Jika kehendak akar umbi dan kehendak pengundi diambil kira, saya yakin BN akan berada dalam posisi yang agak selesa. Selain itu, beberapa orang yang dilihat tidak menguntungkan BN dalam kempen pilihan raya kecil itu harus direhatkan agar kehadiran individu berkenaan tidak akan mengganggu peluang BN.

Pergerakan Puteri harus kembali mara dan semangat dalam pilihan raya kecil kali ini seperti mana yang pernah dilakukan pada pilihan raya umum di Pendang dan Anak Bukit, Kedah satu ketika dahulu. Kehadiran Puteri UMNO dengan penuh berhemah dan berdiplomasi berjaya memujuk dan membawa pengundi untuk terus menyokong BN. Sementara itu, pergerakan Pemuda tidak harus terlalu agresif dan tidak wajar melakonkan watak-watak ganas dan jangan terikut-ikut rentak pihak lawan politik yang akan melakonkan watak-watak tertentu untuk meraih simpati.

Satu garis panduan harus diberi kepada penceramah yang mengambil bahagian membantu agar penceramah tiadak “syok sendiri” sehingga apa yang disampaikan memberi impak buruk kepada BN. Sebarang isu yang timbul harus dijawab serta merta. Ini tidak menjadi satu masalah kerana sekarang dunia IT dan telekomunikasi agak tinggi.

Memandangkan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamed begitu tinggi lagi maka amat wajar Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput beliau bersama-sama membantu BN dalam pilihanraya kali ini. Saya yakin Dr Mahathir sekiranya Najib sendiri menjemput secara peribadi membantu BN kali ini, beliau akan sudi membantu BN. Namun begitu jemputan itu harus dibuat secara hormat bukan melalui media.

MAHADZIR MOHAMAD SAID

No comments

Powered by Blogger.