terbaru dari prk ganu....che mat jusuh buat hal!!!


Dato' Che Mat : Apa sudah jadi ?

Dato' Che Mat Jusoh semasa melawati UPU Permint Jaya telah mengaku bahawa beliau adalah pegawai pembangunan DUN Batu Burok.

Katanya beliau dilantik oleh MB dan bukan cadangan umno bahagian.
Apa yang pelik beliau menyatakan kehadiran beliau bukan atas arahan umno bahagian, tetapi atas arahan MB sendiri.

Kenapa jadi begini?
Sekali lagi pula che Mat Jusoh mengulangi kata-kata beliau yang mana Wan Farid ini bukan calon terbaik BN.Katanya Wan Farid ni suka mencantas atau cah keting,beliau memberi contoh macamana beliau dan arwah Dato' Razali dicantas dari umno bahagian kerana Wan farid nak menangkan Md Sabri Alwi dan Wan Hisham.

Kalau betul Che Mat dilantik oleh MB, apa tujuan apa motifnya?
Kenapa pula Che Mat Jusoh berkata demikian dalam keadaan Wan Farid sangat kritikal sekarang?

Apa kah ini Kerja MB Dato' Ahmad Said?

Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke:bnkualaterengganu@gamil.com

No comments

Powered by Blogger.