undilah pas!

Kira-kira jam 6.30 petang semalam, apabila mendapat tahu dari seorang wartawan New Straits Times bahawa Mohd Abdul Wahid Endut menjadi calon PAS bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, saya terus beritahu Waejo: "Esok surat habaq akan kata calon kompromi".

Tadi, saya baca laporan Malaysian Insider yang menyatakan:
His selection is seen as a compromise decision as rival factions in the party could not agree on either Batu Buruk assemblyman Dr Syed Azman Nawawi or state party chief Datuk Mustafa Ali.
Pemilihan Mohd Abdul Wahid juga tidak mengejutkan saya. Mungkin saya salah, tetapi saya dah agak, Cik Gu Pa (Haji Mustapha Ali) akan memilih calon yang "mendengar kata". Sekali lagi, mungkin saya salah, tetapi saya melihat Mohd Abdul Wahid bagaikan replika Cik Gu Pa. Banyak pihak yang menuduh Dr Syed Azman tu "Erdogang" dan tidak pro-engehmeng. Itu tuduhan - masuk telinga kiri, boleh keluar mana dia suka kalau tak jumpa lubang telinga kiri.

Saya juga tak kisah siapa jadi calon, "Erdogang" pun tak pa, puak muqabalah pun tak pa (dulu-dulu, muqabalah tu secara bergurau saya panggil muka belah atau splitted face - sebelah cap bulan, sebelah cap keris. La ni dak dah). Janji selepas 17 Januari nanti, PAS ada 23 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

"Erdogang" pun tak pa, puak muqabalah pun tak pa, janji bukan Mat Sabu yang jadi calon. Sejak kenyataan akhbar Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani yang tak mboh orang luo (Azman Shapawi di sebelah kiri Mohd Abdul Wahid dalam gambar ihsan mStar Online di atas. Gambar di bawah juga ihsan mStar Online), saya berpecah pemikiran dengan penyokong-penyokong Mat Sabu yang tersilau dengan undian di alam siber. Saya tak peduli mereka naik angin kepada saya. Peduli apa. Kepada saya maruah lebih penting, harga diri lebih penting. Kalau bertanding pun, isu orang luar akan jadi isu utama untuk diriuh-rendahkan oleh Umno - sebab PAS dah ajar buat gitu.

Memang, "Erdogang" pun tak pa, muka belah pun tak pa, janji bukan Mat Sabu yang jadi calon.

Oleh kerana semuanya sudah selesai sekarang dan calon sudah diumumkan, kita buatlah apa yang terdaya untuk memastikan kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut. Oleh kerana saya tak pernah minta duit, tak pernah minta kerja, tak pernah minta projek, tak pernah berkejar ke Terengganu mencari makan selepas PAS menang pada tahun 1999 dulu dan selepas itu memaki-maki tangan yang memberi dan tak pernah minta apa-apa pun dari Mohd Abdul Wahid, beranilah saya katakan bahawa calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang saya kenali sejak pertengahan tahun lapan puluhan itu adalah orang berjurus, orang baik.

Saya juga yakin, Mohd Abdul Wahid tidak akan menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat berehat jika kita menghantar beliau ke dewan itu. Saya yakin berdasarkan prestasinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Undilah PAS!

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/kira-kira-jam-6.html

No comments

Powered by Blogger.