walaupun tahu busuk tetapi tahi jugak yang ezam mahu hidu
"Dalam PRK Kuala Terengganu ini, macam-macam langkah UMNO lakukan untuk memenanginya. Selain strategi sogokan wang, janji, sogokan pembangunan, kain pelikat, kain batik, kain sutera, UMNO mengimport jaguh ‘bual’ mereka sebagai strategi terbaru untuk menambah keyakinan pengundi P036.
Dan jaguh ‘bual’ ini tidak lain dan tidak bukan ialah ‘budak’ Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Saya amat tertarik dengan ‘budak’ Ezam ni. Datang ke Kuala Terengganu dengan kehabisan idea dan modal untuk ‘bual’. Di Permatang Pauh dulu, ‘budak’ Ezam ini berpeluh-peluh ketiak dengan tidak tidur malam menjaja perihal bekas bosnya dulu iaitu DS Anwar Ibrahim. Habis isi cerita DSAI ini dikupasnya dari hujung rambut ke hujung kaki di Permatang Pauh. Daripada isu kotak keramat sehinggalah isu perangai dan tingkahlaku DSAI. Dan titik peluh Ezam di Permatang Pauh itu berbayar dengan malu dan hina yang amat sangat apabila jerit pekik Ezam di Permatang Pauh bukan menewaskan DSAI tetapi menambah majority pula.
Kini Ezam datang ke Kuala Terengganu dengan mukadimah surat DSAI kepada Mahatir pula. Pasti selepas ini dalam siri ceramah yang diatur oleh UMNO kita akan mendengar siri-siri keburukkan DSAI, baik dari segi kotak keramat atau pun surat-menyurat. Tah-tah email, SMS, catatan harian atau apa-apa saja bekas tangan DSAI akan didedahkan lagi.
Yang hairannya, di Permatang Pauh dulu, Ezam bolehlah menghentam DSAI kerana beliau yang bertanding kerusi Parlimen di situ. Sekarang ini bukan DSAI yang bertanding, tetapi Wahid Endut wakil PAS. Apakah keburukan DSAI (jika benar) akan menyebabkan pengundi Kuala Terengganu tidak mengundi Wahid? Tidak serikkah Ezam penghinaan yang diperolehi di Permatang pauh akan menimpa batang hidungnya sekali lagi?
Sinar harian melapurkan hari ini 12hb Januari 2009, Ezam mendakwa tahu isi kotak rahsia ketika bersama DSAI dulu.
“Saya mengetahui (isi kandungan), saya buka empat daripada enam kotak tersebut tetapi tidak mahu menyebutnya dan mencabar Anwar untuk mendedahkannya,”
“Saya yang menunggu beliau keluar penjara, perkara pertama saya tanya ialah bila mahu dedahkan, tetapi anwar kata tunggu. Saya tidak setuju. Itu antara sebab saya keluar PKR” kata-kata Ezam di petik daripada Akhbar Sinar Harian.
Ini satu lagi kepelikkan budak Ezam ni. Kalau enam kotak rahsia tu mengandungi maklumat petualang negara yang makan rasuah, kenapa Ezam keluar PKR dan masuk UMNO hanya sekadar DSAI menangguhkan pendedahan isi kandungan kotak tersebut. Budak Ezam ni pejuang anti rasuah ke atau pejuang menggalak rasuah. Daripada petikkan kata-kata Ezam di atas bolehlah kita simpulkan, Ezam keluar PKR kerana keburukkan Anwar menangguh pendedahan isi 6 kotak rahsia maklumat pemakan rasuah UMNO.
Yang peliknya, Ezam tidak pernah nafikan isi 6 kotak itu bukan maklumat rasuah pemimpin UMNO. Secara tersiratnya beliau masih mengakui kotak itu wujud dan isi kandungannya ialah perihal salah laku dan rasuah para pemimpin UMNO. Jadi, kenapa Ezam masuk UMNO?
Jadi sebagai pengundi bijak Kuala Terengganu, tidak usahlah termakan bohongan adan omongan budak Ezam ni. Semuanya di atas dasar cari makan. Di mana tempat boleh makan, di situlah Ezam akan berpaut. Beliau bukan membela rakyat, beliau hanya berjuang bagi perutnya dengan menggunakan slogan membantu rakyat.
Ezam ini adalah salah satu contoh gerombolan UMNO yang bertaburan di Kuala Terengganu sekarang. Hati-hatilah memilih. Walau PRK ini tidak mengubah sebuah kerajaan, namun ia semangat besar ke arah itu dan sebagai seorang Islam, kita wajib mencegah mungkar dan kali ini kita cegah dengan sebatang pensel, sehelai kertas dan satu pangkah.
Original artikel di ataspagar.com
*ps: 'bual' orang dialek Terengganu - cakap kosong
No comments
Post a Comment