Y.B Abdul Wahid Disegani Lawan dan Kawan


" Pengumuman Tuan Guru Haji Hadi telah melegakan semua pihak dan dapat menyelesaikan masalah di antara kehendak golongan tua dan mudah. Walaupun tidak terkenal di peringkat nasional, beliau sangat ditakuti lawan terutama di DUN Wakaf Mempelam yang mampu mengekalkan kerusi semenjak beliau bertanding sehinggalah kekal selama empat penggal.


Beliau merupakan YDP Kawasan Kuala Terengganu setelah mengambil alih daripada Dato' Wan Abdul Muttalib Embong dan Dr Syed Azman merupakan Timbalannya yang sekaligus merupakan dua serangkai yang sudah tentu mampu bekerjasama dengan baik sekali.

Semenjak menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu yang sebelum itu belum lagi menjadi wakil rakyat ,beliau sudah menunjukkan karisma sebagai seorang pemimpin yang mampu pergi lebih jauh. Bersikap sangat terbuka, sanggup menerima dan mempelajari daripada kritikan ahli,
menjadikan beliau orang yang sangat mesra terutama kepada orang yang mengkritik walaupun kritikan itu memerahpadamkan mukanya yang mana ianya jarang dimiliki oleh orang lain.

Memang beliau merupakan orang yang sangat mesra di kalangan rakyat sehinggakan kadang-kadang beliau yang terlebih dahulu menegur sapa. Sifat beliau begitulah menjadikan lawan menjadi segan terhadap beliau. Sebagai contoh jika berlaku kematian beliau akan menziarahi sebanyak dua kali sekiranya kehadiran pertamanya tidak pada masa mayat hendak disembahyangkan tidak kira siapa warna politiknya.

Kaum Cina juga amat menyenangi akan beliau dan beliau merupakan daripada keluarga yang terlibat dengan perniagaan yang secara tidak langsung mempunyai banyak perhubungan dengan kaum Cina.

Petah dalam berkata-kata dan mampu berhujah di dalam Dewan Undangan dengan memberi input yang bernas dan kritikan yang pedas yang mana kalau anda masih ingat sehinggakan Y.B.(penggal lepas) Ahmad said mengajaknya bertumbuk.

Pilhan yang dibuat Tok Guru adalah sangat sesuai serta tepat dan di luar jangkaan ahli , musuh mahupun media dan dalam TKO sendiri tiadapun nama beliau dalam senarai calon untuk di 'vote'kan.Barangkali Tok Guru banyak beristikharah dalam menyelesaikan kemelut tadi.

Sekalung tahniah kepada Saudara Abdul Wahid kerana diberikan kepercayaan dan seterusnya memikul amanah Jamaah serta tanggungjawab rakyat. Semoga Saudara dapat menjalankannya dengan baik dan Inysa' Allah , Allah Taala bersamamu dalam memberi kemenangan dan mempermudahkan kerja-kerja yang dipikul nanti.

Selamat mengundi, Allahu Akbar!!!

No comments

Powered by Blogger.