Balasan untuk Idris Jusoh


"Allah Maha Kaya. Allah Maha Adil. Allah Maha Pembalas. Dalam sekelip mata, di atas dunia ini juga, tak payah tunggu di sana, Idris Jusoh bekas MB negeri Terengganu darul malang telah menerima pembalasan daripada Allah SWT kerana kejahatannya membuang dan membunuh kerjaya politik beberapa orang tokoh UMNO Terengganu. Balasan daripada Allah SWT ke atas Idris berlaku melalui tangan Istana Terengganu yang tidak memperkenankan pelantikan semula Idris sebagai menteri besar Terengganu. Syabas pihak istana.


Ampun Tuanku.Kini Idris boleh merasakan bagaimana peritnya derita Abdul Rahman Bakar yang Idris ketepikan, padahal Idris tahu, Abdul Rahman Bakar (kalau menang) berpotensi besar untuk menjadi menteri penuh, namun Idris tidak peduli itu semua; dia lebih mementingkan dirinya dariapada kepentingan rakya negeri Terengganu. Kini Idris sedar agaimana sakitnya jiwa Dr. Abdul Latif Awangyang Idris singkirkan, sebab Idris tahu Dr. Abdul Latif Awang jauh lebih layak daripadanya untuk memegang jawatan menteri besar Terengganu; tetapi demi kepentingan peribadi, Idris tergamak menyembelih sahabat sendiri.


Kini Idris mengerti betapa azabnya perasaan Tengku Putera Tengku Awang yang Idris telah buang, sedangkan Tengku Putera seorang tokoh UMNO yang jauh lebih baik dan lembut sifat peribadinya berbanding Idris yang terkenal pongoh dan bongkak itu.Kini Idris faham betapa terseksanya batin Rosli Mat Hassan yang Idris pinggirkan, walaupun Idris tahu Rosli Mat Hassan merupakan tokoh UMNO yang mampu dan layak ke atas pada peringkat kerajaan pusat.


Saya ingin memberi peringatan kepada pemimpin politik negara yang berkuasa: Jangan sekali-kali kamu fikir kamu boleh buat apa saja setelah kamu ada kuasa; jangan kamu jadi bodoh sombong berperasan kamu lebih cerdik dariapada rakyat; jangan gong sangat; sedarlah apa yang kamu asyik berebut itu sebenarnya amanah yang kamu akan bertanggungjawab di hadapan Allah.

No comments

Powered by Blogger.