Idris Jusoh Tidak Diperkenan Jadi MB?


MANAKALA sewaktu sampai di Bentung saya menerima satu panggilan telefon dari Jertih, Terengganu. Pemanggil itu seorang kawan rapat dan ada kepentingan dengan Kerajaan Terengganu. Beliau juga tinggal di Jertih.Antara lain beliau melaporkan dalam suara tertekan-tekan. Rakyat Jertih (orang Umno) kini sedang bersiap sedia untuk berarak (ke mana?). Sebabnya kerana Idris Jusoh dikatakan tidak diperkenan Sulan untuk jadi Menteri Besar Terengganu.Menurut pemanggil itu lagi, pihak Istana katanya mahukan kepada Rosol Wahid ADUN, Ajil, untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.


Saya tidak mudah menerima berita berkenaan. Sebelum ini memang terdengar yang Idris ada masalah di Terengganu. Majlis angkat sumpah sebagai MB yang dijadualkan semalam ditangguhkan saat-saat akhir.Menurut laporan pembatalan itu disebabkan berlaku salah teknik. Manakala Idris pula di masa sama dilaporkan bergegas ke Kuala Lumput untuk menemui Abdullah Ahmad Badawi.Bila dikaitkan laporan langsung dari kawan di Jertih dengan apa yang berlaku seperti mana dilaporkan itu kemungkinan ada munasabah juga.Bukan soal rakyat Jertih berarak, tetapi soal Idris tidak diperkenankan untuk menjadi MB Terengganu.


Tidak menghairankan kalau Idris tidak diperkenan oleh pihak istana. Sebelum ini berbagai cerita dan maklumat mengenai Idris Jusoh. Kekecohan semasa sebelum pilihan raya akibat tindakannya menggugurkan beberapa tokoh nasional Terengganu sebagai calon antara sebab kenapa Idris tidak disenangi oleh orang Umno Terengganu.Mungkin kerana masalah itulah maka majlis angkat sumpah sebagai MB yang seharusnya belangusng tergendala dan bermasalah

No comments

Powered by Blogger.