KEMENANGAN SEBUAH AMANAH

"Assalamu’alaikum w.w. DSAI yang saya hormati, Tahniah dan syabas di atas kejayaan dalam PRU 12 yang membuahkan 4 negeri dirampas dari bn dan 1 negeri dikekalkan. Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada DSAI, antara lain seperti berikut :


1. Semua negeri yang baru dimenangi menganjurkan segera BENGKEL STRATEGIK MENGURUS KEJAYAAN. Perkara ini hendaklah dijadikan agenda utama di negeri-negeri, sebab saya takuti seperti apa yang berlaku di Terangganu, BA hanya mampu bertahan 1 penggal, dan perjuangan merampas kembali Terengganu gagal total.

2. Satu Majlis Permusyuaratan MB-MB BA hendaklah diadakan, wadah ini dapat menjadi gelanggang pertukaran pengalaman di antara MB-MB. Saya khuatir, sekiranya satu atau dua negeri berjaya membangunkan sumber daya mereka lalu ada negeri yang tidak mencapai paras ukuran rakyat. Majlis ini hendaklah bersidang sekurang-kurangnya setiap suku tahunan.

3. Negeri-negeri yang baru dirampas hendaklah tidak tergopoh gapah mengusik institusi-institusi rakyat seperti JKKK, KEMAS, Rukun Tetangga, AJK Masjid/Surau dan lain- lain yang bersifat sama seperti itu. BA hendaklah bijak menangani perkara ini, agar institusi-institusi ini dapat merubah pendirian mereka kerana kebijaksanaan kita. Mereka ini adalah ujung tombak yang bergelumang dengan rakyat. Sekiranya kena dengan caranya, mereka ini dengan sendirinya akan menjadi pejuang-pejuang baru kita. Penguasa-penguasa di negeri-negeri kita hendaklah dapat menjinakkan selera penyokong-penyokong kita. Ingat, sekiranya kita silap langkah di peringkat awal ini, sebenarnya kita sedang membesarkan harimau yang akan melawan kita pada PRU 13.

4. Orang-orang politik jangan sekali-sekali mencampuri urusan pentadbiran kerajaan. Bala yang menimpa bn hari ini adalah kerana campur tangan yang berlebihan terhadap pentadbiran. di sini jugalah benih salah guna kuasa yang menjahanamkan wang rakyat. Segala yang menyalahi peraturan kerana didukung oleh orang-orang parti yang berkuasa terpaksa dijalankan oleh pentadbir. Saya pernah mendengar kalangan PTD bercakap, “kalau macam ni caranya, suruh je lah orang umno ni jadi pegawai kerajaan”. Saya harap sangat perkara ini diambil berat. Orang politik hendaklah menjadi pemantau sahaja terhadap semua dasar yang diambil oleh pihak berkuasa. Langkah ini, saya yakin akan membuat pentadbir menjadi takut untuk melakukan penyelewengan. Sekarang ini, kerana campur tangan orang umno/bn terutama sekali terhadap tender-tender menyebabkan harga melambung. Saya seorang kontraktor, jika tidak berlaku pakatan diantara orang politik dan pentadbir, sekurang-kurangnya 30% dari belanjawan negara dapat diselamatkan. Saya melihat, dengan penjimatan ini sahaja, kerajaan tidak ada masalah untuk menaikan gaji minimum kepada RM 1,500 sebulan dan bahkan dapat membayar subsidi tambahan kepada harga minyak dengan kata lain dapat menurunkan harga minyak.

5. WaLlahu’alam Demikianlah sekedar berkongsi pendapat, sekira ada sedikit kebaikan di dalam cadangan ini, itu adalah semata-mata dari ALlah SWT, dan jika sebaliknya, maafkanlah kedaifan saya.

No comments

Powered by Blogger.