Masa untuk pulihkan kesihatan fikiran rakyat
Pelik. Bila ada provokasi kununnya akan ada huru hara, haru biru, kelam kelibut rakyat masih gagal mengguna akal yg waras. Inilah suatu bukti kerajaan BN selama ini gagal membina minda rakyat supaya sihat berfikir, tidak gelabah , tidak panik dan befikiran rasional.
Sebagai pemilik akal yg sempurna kita tentunya mampu untuk menilai suatu kejadian. Misalnya, bila ada perubahan kepimpinan mengapa perlu berlaku rusuhan sama ada ianya benar atau sekadar gempak. Bila parti pemerintah kalah , mulalah terdengar khabar kununnya akan ada rusuhan dan kecoh sana sini. Bukankah ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak ikhlas ? Pembangkang sudah saban kali menghadapi PRU , mereka sudah tahu akan kalah dan sudah bersedia kalah. Bila tentu kalahnya tak ada pula rusuhan. Kenapa bila pihak kerajaan kalah, mulalah hendak merusuh atau huru hara?
Inilah suatu cabaran kepada BA yg mengambil alih kerajaan negeri. Tak perlu tunggu PRU 4-5 tahun sekali, dari sekarang sudah boleh mulakan gerakan memulihkan pemikiran rakyat. Karat jahiliyah yg ditanamkan oleh pihak kerajaan selama ini perlu dicuci BERSIH. Jangan rasuah fikiran rakyat dengan dongeng kebebalan, fikiran rakyat perlu dicanai supaya sentiasa proaktif dan bersedia untuk berubah kepada yang lebih baik. Fikiran rakyat harus dibina supaya matlamat hidup mereka jelas iaitu untuk mencari keredhoaan Allah s.w.t bukan untuk mencari redho manusia.
Mungkin orang akan bertanya, kepada non-muslim macam mana?Takkan nak disogokkan pemahaman yang sama? Mereka tidak ada aqidah begitu. Inilah satu kesilapan minda ummat Islam yang kronik. Mereka menyangka non-muslim tak boleh faham dan tak boleh menerima sesuatu yg bukan dari pemikiran mereka yg sedia ada. Ini salah. Walaupun ideologi berbeza tuhan kita sama. Oleh itu jagnan takut untuk menyatakan yang benar, soal ianya diterima atau tidak bukan masalah kita. Itu urusan tuhan yang akan menggerakkan hati manusia .Dialah yg memberi hidayah, tugas kita hanya menyampaikan. Allahu'aklam.

No comments
Post a Comment