Web & Blog "BERUK-BERUK" Makin Diiktiraf Punca BN Tumpas!
DALAM kekalutan Kerajaan Barisan Rakyat membentuk kerajaan ada hikmahnya di mana mandat yang diberikan oleh rakyat telah menunjukkan perlu satu pakatan yang dapat memenuhi kehendak politik dan kuasa rakyat semasa.Mengapa kita perlu terikut-ikut dengan media utama yang kotor dan masih membangkitkan isu perkauman agar rakyat terperangkap bagi mencetuskan huru-hara.
Di sini kita harus mengakui peranan siber dan para blogger yang dapat memintas dengan cepat berita-berita karut dan menghasut.Juga kita dapat menghentam segala kesilapan percaturan politik sempit seperti Kesilapan Sdr. Lim Kit Siang dalam pemulauan terhadap istiadat pelantikan MB Perak tempoh hari.Seperti komen Datuk Seri Musa Hitam, kesilapan utama BN mengabaikan peranan Blog & Website yang bijak digunakan oleh BR dalam menyalurkan maklumat secara pantas kepada rakyat.
Dan kita melihat pemimpin separuh masak seperti Khairy Jamaludin dan Zam mantan Menteri Penerangan yang menghina dan menggelar para blogger sebagai beruk perlu sedar di mana anda berada kini, anda akan sedar bila anda dikalahkan oleh kuasa rakyat seperti ZAM yang kemudian menyalahkan percaturan seseorang pemimpin pemuda untuk mengambil alih pimpinan BN.Tahniah kepada anda yang berperanan dalam mencetuskan kebangkitan kuasa rakyat dan perjuangan baru bermula.
Dan biar para blogger berperanan sebagai Ahli Dewan Negara yang boleh menghentam dan menjatuhkan pemimpin yang menyeleweng daripada tugasnya.Seperti yang sedia maklum Dewan Negara kita tiada peranan, yang hanya menjadi pendua kepada keputusan Parlimen. Peranan kita juga sebagai pemantau Dewan Negara @ Senat yang tidak berfungsi seperti di negara luar lain.Untuk makluman Dewan Negara sepatutnya ianya boleh meluluskan undang-undang, melantik pemerhati bebas, memecat menteri kabinet atau anggota kanan kerajaan, peguam atau hakim yang didakwa terlibat dalam rasuah.
Di sini saya ingin mengingatkan kepada pemimpin BR yang menang anda hanyalah wakil rakyat.Dan kita mencadangkan agar gaji wakil rakyat dinaikkan sebanyak 100% bukan apa kita harus realistik bagi mengelakkan wakil rakyat mengambil komisen untuk membiayai kegiatan sosial dan parti.Kita tidak mahu berulangnya seperti kerajaan BN yang lalu telah mengabaikan peranan sebagai wakil rakyat bagi mengejar wang untuk menampung politik wang mereka.Biarkan wakil rakyat BR menumpukan kerja-kerja dalam kerajaan bagi membela rakyat terutama menaikkan semula kegiatan ekonomi negara, menambah pendapatan rakyat bagi mengatasi inflasi yang menjadi punca kemarahan rakyat dalam PRU-12 lalu.

No comments
Post a Comment