Abdullah berharap sikap baru Amerika terhadap Islam
DOHA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berharap pentadbiran baru Amerika Syarikat di bawah Presiden Barack Obama akan membuka jalan ke arah satu sikap baru dalam menangani masalah yang dihadapi dunia Islam.
“Saya mengalu-alukan ucapan pembukaannya dan saya yakin bahawa perubahan besar akan dibuat dalam dasar luar Amerika Syarikat terutama berhubung sesetengah dasar yang disifatkan agak bertentangan.
“Saya berharap Amerika akan bersedia untuk terbabit dalam perbincangan dan untuk berunding dan bukan seperti yang berlaku sebelum ini..” katanya pada sidang media di akhir lawatan dua hari ke Qatar hari ini.
Abdullah mengulas ucapan Obama selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika ke-44 semalam.
Obama, antara lain menyebut: "Kepada dunia Islam, kami mencari langkah-langkah baru ke hadapan, berdasarkan kepada kepentingan bersama dan saling menghormati”. - Bernama

No comments
Post a Comment