Pejabat KJ sokong syarikat judi Magnum ?


Apa hukumnya orang Islam menerima sumbangan kebajikan dari syarikat judi Empat Nombor Ekor di Rembau ? Yang peliknya orang Melayu ramai mengunjungi kedai ekor depan balai polis Rembau , lepas tu orang Melayu bukan main suka lagi syarikat judi ini beri sumbangan kebajikan. Ambil duit dari orang Melayu melalui judi , kemudian beri duit pada orang Melayu yang susah. Apa hukumnya ? Bijak ke tidak orang Melayu di Rembau ni ? Sebab dalam gambar tu nampak macam ada orang Melayu dan ada yang berkopiah menerima sumbangan.

Daripada orang Melayu mengunjungi kedai judi kat Rembau tu, masuk saja dalam tabung masjid. Biar masjid yang bantu orang susah.

Lepas ni orang Melayu Rembau pun pujilah, bagus betul Magnum ni beri sumbangan kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

Para alim ulamak, ustaz, ustazah, pendakwah dan pejuang agama jangan berdiam dalam isu ini.

Sila rujuk laporan laman web Pejabat KJ http://parrembau.blogspot.com/2009/01/keperihatinan-syatikat-swasta-sempena.html

Pekan Rembau, 21 Januari 2008 - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak swasta yang sudi menyumbang kepada golongan susah dan memerlukan, sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba.

Pada kesempatan kali ini, Rumah Sejahtera dan Pusat Pemulihan Komuniti Rembau telah menjadi destinasi Magnum Corporation untuk berbakti kepada masyarakat.

( http://www.magnum.com.my Magnum was incorporated in Malaysia on 19 December 1968 as a private limited company under the name Empat Nombor Ekor Sendirian Berhad. )

http://amkns.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.