adakah kerajaan lebih berkuasa dari tuhan? anda tanya najib altantuya


Di Malaysia daripada kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan.
Orang cerdiklah katakan. Bercakap pun tentulah keluar kata-kata yang menayangkan kecerdikannya. Kata-kata bistari di atas diucapkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang membilang hari untuk menjadi Perdana Menteri.

Kerajaan dalam sistem demokrasi ditakrifkan sebagai "rule by a government where the people as a whole hold the power. It may be exercised by them (direct democracy), or through representatives chosen by them (representative democracy)".

Lebih kurang, alih bahasa ikut suka aku, kerajaan dalam sistem demokrasi ialah pemerintahan oleh sebuah kerajaan di mana rakyat seluruhnya memegang kuasa. Ia mungkin dijalankan oleh mereka (demokrasi secara langsung atau pemerintahan rakyat), atau melalui wakil-wakil yang dipilih oleh mereka (demokrasi berperwakilan atau kerajaan pilihan rakyat).

Kalau yang dimaksudkan oleh Najib ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan BN, perkataan pertolongan dan bantuan hanya akan digunakan oleh "not an astute Deputy Prime Minister" atau Timbalan Perdana Menteri yang tidak pintar.

Ramai yang kata Najib cerdik. Tetapi, adakah apa yang diterima oleh rakyat itu merupakan bantuan dan pertolongan? Bukankah itu hak mereka? Bukankah kerajaan merupakan badan yang diamanahkan untuk mentadbir hak rakyat?

Tak berapa nampak lagi? Lagu ni, dari Perdana Menteri hinggalah tukang cuci jamban di pejabat-pejabat kerajaan, mereka dibayar gaji untuk berkhidmat kepada rakyat.

Berapa gaji Timbalan Perdana Menteri? Saya tidak tahu, tetapi boleh dirujuk di sini dan di sini. Kalau mengikut sistem pilihan rakyat di atas, mereka dipilih dan dibayar gaji serta pelbagai elaun dan kemudahan untuk menjalankan tugas demi kepentingan rakyat.

Kalau rakyat menerima biasiswa, pencen atau apa sahaja bentuk kewangan, itu memang kerja badan yang dipanggil kerajaan untuk memberikannya. Dan, para pegawai di dalam badan tersebut diberi gaji untuk buat kerja itu.

Tak berapa nampak lagi? Katakan anda orang kaya. Anda lantik seorang pengurus di dalam syarikat anda. Di samping melantak duit rasuah tak habis-habis, berzina sana-sini sehingga ada yang menuduh dia suka menyetubuhi perempuan melalui duburnya, pegawai buat silap sikit di telefon dan dimaki ikut suka hati, kerja bodoh hingga peraturan mesyuarat pun tak tahu, isteri dia pulak berlagak macam syaitan serta pelahap macam iblis yang dijamu najis serta bermacam-macam hal lagi, tiba-tiba pengurus yang anda gajikan itu kata kepada anda, "boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kamu banyak pertolongan dan bantuan yang diberi oleh pengurus syarikat kamu".

Pada waktu itu, tak ke anda rasa nak lempang-lempang kepala dia!?!!

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/timbalan-perdana-menteri-yang-tidak.html

No comments

Powered by Blogger.