najib sudah berani bercakap pasal liang lahad?



NAJIB Tun Razak beramah mesra dengan pelatih Kem Perkembangan Kendiri Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang pada Program Cakna Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam, Kubang Tangga, semalam.


KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) menjaga kebajikan semua lapisan rakyat sejak 'lahir hingga ke liang lahad', namun tidak perlu menggunakan label negara kebajikan untuk berbuat demikian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk menghulurkan bantuan kepada kumpulan sasar seperti golongan miskin, orang kurang upaya (OKU) dan warga tua sepanjang tahun tanpa menunggu waktu pilihan raya.

Malah jelasnya, kerajaan juga tidak menunggu golongan itu tampil untuk diberi bantuan, sebaliknya usaha mencari dilakukan oleh agensi terlibat supaya sebanyak mungkin rakyat dapat diberikan bantuan.

''Melalui usaha ini, bilangan isi rumah yang mendapat bantuan telah meningkat daripada 54,000 orang kepada 110,000 orang di seluruh negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Cakna Rakyat anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam di sini hari ini.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Klinik Bergerak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk.

Menurut Najib, walaupun pembangkang cuba memperjuangkan negara kebajikan, namun kerajaan BN telah mendahului usaha tersebut sejak menerajui pentadbiran negara ini.

''Ada pihak kata nak perjuangkan negara kebajikan dalam pilihan raya dulu. Mula-mula dia main isu hudud, lepas itu dia senyap. Dapat kawan baru timbul pula negara kebajikan kononnya nak perjuangkan kebajikan.

"Di Malaysia, sejak kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan BN," ujarnya.

Menurut Najib, di Malaysia kerajaan menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

''Tak payah buat label kerana hakikatnya kita memang sudah negara kebajikan. Tak payah nak kata nak perjuangkan negara kebajikan kerana Malaysia di bawah pimpinan Abdullah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) amat-amat cakna kepada kepentingan rakyat," ujarnya.

Menurutnya, dalam memastikan usaha membantu golongan sasar berjaya, kerajaan meluaskan Jaringan Keselamatan Sosial yang merupakan lonjakan kepada dasar kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Katanya, dengan langkah yang diambil kerajaan itu, sasaran kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun 2010 boleh dicapai.

Beliau menolak cakap-cakap bahawa kerajaan cuba 'memancing undi' setiap kali memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Bila kerajaan umumkan program Jaringan Keselamatan Sosial ini, jauh lebih awal dan kerajaan tak tahu pun akan berlaku pilihan raya kecil di Kuala Terengganu," ujarnya.


alhamdulillah...sejak mai ganu ni..makin warak la ustaz jib ni...beberapa hari lepas ustaz khairy yang bagi ceramah.....hehehe..ada apa-apa ke?

No comments

Powered by Blogger.