aku nak cuti satu minggu!

“Dia tak mahu jumpalah, dia kata dia bercuti seminggu bersama keluarga,”kata salah seorang wartawan kepada Buletinonline.

“Dia tak mahu jumpalah, dia kata dia bercuti seminggu bersama keluarga,”kata salah seorang wartawan kepada Buletinonline.

Wan Farid Cuti Seminggu, Tidak Mahu Berjumpa Wartawan

Marang – Bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri kecewa dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganu malah kesannya lebih mendalam kepada calonnya Dato’ Wan Farid Wan Salleh.

Difahamkan, beberapa wartawan cuba menghubungi beliau untuk mendapat ulasan lanjut tentang keseluruhan senario PRK Kuala Terengganu serta mahu mendapat maklumbalas tentang kekalahan BN, namun gagal untuk menghubungi beliau.

“Dia tak mahu jumpalah, dia kata dia bercuti seminggu bersama keluarga,”kata salah seorang wartawan kepada Buletinonline.

Sebaliknya rumah ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru dipilih, Mohd Abdul Wahid Endut tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu yang ingin mengucapkan tahniah kepada beliau.

Ketika ditemui dalam sesi minum pagi bersama wartawan, beliau terpaksa mengalihkan penerimaan talian telefon bimbitnya kepada pilihan senyap.

”Saya terpaksa buat ’silent mode’, kalau tidak tak boleh bercakap,”katanya sambil membetulkan punat telefon bimbitnya.

Menurutnya terdapat 200 pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya sejak diumumkan sebagai pemenang semalam, yang masih belum sempat dibacanya.

”pagi ni rombongan Kelab Penyokong PAS kaum India dari Perak menunggu di rumah, saya tak dapat jumpa dengan mereka,

”mereka hendak mengucapkan tahniah sebelum mereka pulang”jelasnya.

Wahid yang menang dengan majoriti undi sebanyak 2,631 dijangka akan mengangkat sumpah pada awal Februari dimana parlimen dijangka mengadakan sidang selepas cuti tahun baru Cina.

Sehingga saat itu, jadual Wahid dijangka padat dengan menghadiri majlis-majlis kesyukuran di peringkat parlimen yang beliau wakili, peringkat negeri Terengganu dan nasional.

”ada pihak dari negeri-negeri yang membantu sudah menyusun jadual untuk majlis diperingkat nasional,

”saya akan hadir untuk bersua muka dan mengucapkan terima kasih saya kepada mereka yang telah bertungkus lumus membantu,”tambahnya.

http://buletinonline.net

No comments

Powered by Blogger.