ceramah anwar di k.ganu malam ini


KETUA UMUM KeADILan, Anwar Ibrahim akan memulakan siri kempen beliau di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bermula malam ini.

Beliau akan bersama-sama Presiden Pas Abdul Hadi Awang serta pemimpin utama DAP Lim Kit Siang berceramah malam ini di Tanjung Kuala Terengganu.

Program berkenaan akan dimulakan pada jam 9 malam itu merupakan progrom julung kalinya beliau di Kuala Terengganu selepas pulang dari luar negara.

Anwar yang kini dalam perjalanan pulang dari Turki akan ke Kuala Terengganu sebaik tiba di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengerusi Bilik Gerakan Utama KeADILan Yahya Zakaria berkata, rakyat di Kuala Terengganu menanti-nanti kehadiran Anwar.

“Anwar akan berada di Kuala Terengganu, dan kami telah mengatur beberapa program untuk beliau serta kepimpinan KeADILan yang lain,” kata Yahya.

Oleh yang demikian, untuk sebarang pengesahan jadual serta program, Yahya boleh dihubungi di talian 0148236016.

1 comment

Abahnya Faez said...

salam... aku pegi semalam... ramai giler yg dtg..mereka dengar amanat dr pemimpin.. tgnz,tghA,lim ks,Anuar ib,tian chua,ronie..ramai lagi laa yg turut hadir..

aku harap.. kali ni org2 bandar KT.. mampu melihat arus perubahan... insyaALLAH..

Powered by Blogger.