lagi berita dari terenganu

Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang bakal menyaksikan 3 orang calon bertanding iaitu daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abd Rahman Mohamad, yang disebut-sebut akan bertanding telah mengumumkan penarikan diri sejurus tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.20 pagi tadi. Beliau menyatakan perjuangan beliau adalah sama dengan perjuangan PAS, juteru itu telah menyeru penyokong-penyokongnya mengundi PAS semasa pilihanraya kecil nanti.

Presiden Akim, Hanafi Hamat, berkata bahawa, kononnya Harun telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu.

“Harun sudah menghampakan harapan Akim apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS,” katanya

Penarikan diri beliau telah tiba-tiba secara mengejut telah digantikan oleh seorang ahli perniagaan(?), Azharudin Mamat @ Adam yang mengemukakan kertas pencalonannya 2 minit sebelum penerimaan borang penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi. Beliau yang tiba awal tetapi menghadapi beberapa masalah pengisian borang tetapi berjaya mengemukakannya sebelum proses penamaan calon tamat. Ramai pihak mengesyaki beliau ditaja oleh pihak tertentu bagi menggantikan calon AKIM yang telah menarik diri.

Calon PAS tiba pada 9.15 pagi diiringi oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Menurut sebuah akhbar online, MalaysianInsider penyokong BN dibenarkan berkumpul betul-betul di hadapan stadium manakala kumpulan Pakatan Rakyat dipaksa berada di belakang pagar besi sekitar 50 metre di belakang. Namun kumpulan Pakatan Rakyat dikatakan seperti sebuah gelombang tsunami.

BN terus menyanyikan lagu patriotik lama, manakala PR mengibarkan bendera rasaksa Pas dengan laungan penuh bersemangat : “Reformasi! Hidup Hidup Hidup Keadilan! Allahu Akbar! Undur BN!”

Sebagai tanda solidariti, pemimpin-pemimpin DAP Liu dan Tan Kok Wai mengenepikan perbezaan dengan PAS didalam isu hudud untuk berarak bersama-sama mengiringi Abdul Wahid ke pusat penamaan calon disertai oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua Penerangannya, Tian Chua.

Pengundian akan diadakan selepas 11 hari berkempen bermula SEKARANG!



Berita berkaitan sebelum ini

No comments

Powered by Blogger.