ini jadinya kalu kes polis berkait dengan geng UMNO@BN


KUALA LUMPUR: Polis menafikan sudah menahan dan mengambil keterangan anak tiri seorang bekas menteri berumur 25 tahun yang didakwa memukul dan mengurung bekas teman wanitanya di sebuah apartmen di Mutiara Damansara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata laporan berita disiarkan beberapa akhbar semalam adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Katanya, beliau agak terkilan dengan laporan itu kerana pihaknya belum memulakan siasatan berhubung dua laporan polis dibuat mangsa dan teman lelakinya pada 11 Januari lalu.

“Saya terkejut dengan laporan itu dan mungkin ramai yang tidak faham apabila kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, polis tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat sehingga men-dapat Arahan Meneruskan Siasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Jadi, macam mana boleh timbul cerita kita (polis) sudah menahan dan merekodkan keterangan lelaki berusia 25 tahun itu. Siasatan pun kita belum mulakan, jadi tidak bagus jika membuat kesimpulan tanpa merujuk terlebih dulu dengan kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima dua laporan mengenai kejadian itu.




oit bro...kalau polis pun pandai terkejut....kami ni banyak kali dah terkejut dengan kes-kes pincang yang polis lakukan...tp bukan semua polis macam tu..ada yang baik... terkejut sebab bila p ganu tengok ramai polis hahahaha....rupanya ramai gak polis kat negara ni...jarang keluar kot hahaha...

No comments

Powered by Blogger.