bangang..najib tidak mahu cara pemerinyahan islam oleh PAS



KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Kuala Terengganu untuk menutup peluang PAS daripada memerintah negara ini.

"Pastikan kemenangan BN untuk menutup peluang PAS memerintah negara ini... kalau masih ingat, sokong BN," kata beliau ketika berucap pada ceramah "Masihkah Kau Ingat" di Cabang Tiga dekat sini sebentar tadi.

Kira-kira 3,000 orang menghadiri ceramah itu yang diadakan sempena kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Pengundian dijalankan Sabtu ini.

Dalam ucapan ringkas itu, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, PAS yang pernah memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 telah melakukan banyak kesilapan dan memperlihatkan kelemahan sehingga membebankan rakyat.

Ucapannya itu turut menyenaraikan projek dan program yang gagal dilaksanakan oleh PAS serta kejayaan dan kelebihan dasar BN.

Pada pilihan raya kecil ini, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ditentang calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat alias Adam.

Walaupun pilihan raya kecil ini tidak akan membawa sebarang perubahan dalam kerajaan negeri dan persekutuan tetapi BN dan PAs menyifatkan ia sebagai pilihan raya yang penting.

Pada 8 Mac lalu kerusi itu dimenangi oleh calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail.

PAS merupakan anggota ikatan longgar pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang kini memerintah lima buah negeri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis makan malam bersama masyarakat India di sini, Najib berkata, BN akan memperbaiki jika wujud kekurangan dan kelemahan dalam pentadbirannya.

"Jika ada kekurangan kami bersedia untuk melakukan pembetulan," kata beliau sambil menambah, "kita bukan sahaja melakukan penjenamaan semula, tetapi juga mengambil langkah memperbaiki kekurangan yang wujud."

Seramai 527 daripada 80,229 pemilih berdaftar di Kuala Terengganu merupakan pengundi masyarakat India.

Malah, kata beliau, BN akan tetap menjaga kebajikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau mengaku bahawa ada seorang dua pemimpin dalam Umno yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyinggung perasaan kaum lain.

"Umno merupakan sebuah parti yang besar dan memang ada seorang dua yang membuat sesuatu kenyataan yang menyinggung perasaan orang lain," kata beliau dengan merujuk kepada kempen perkauman yang digunakan pembangkang di sini.

Timbalan Presiden ini berkata, Umno tidak pernah mengamalkan pendekatan esktrem sehingga menafikan kaum lain.

"Kami akan berlaku adil kepada semua orang," katanya.

No comments

Powered by Blogger.