Jangan sekadar bercakap sahaja Najib!
Najib Razak menggesa parti politik yang bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu supaya tidak melakukan kekerasan sehingga mencemarkan perjalanan pilihan raya pada 17 Januari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu mematuhi peraturan dan tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Samada BN/Pakatan Rakyat/Bebas mestilah berkempen secara berhemah...
Yang tak sedap di dengar ialah bila Najib mengaitkan tentang insiden jurugambar dipukul oleh penyokong PKR dalam PRK Permatang Pauh seperti ingin menyalahkan pembangkang yang selalu menimbulkan kekecohan. Sehingga kini kita pun tidak tahu sama ada insiden di Permatang Pauh itu telah atau belum dibicarakan di mahkamah. Jika tidak dibicarakan, tentu ada sesuatu yng tidak kena. Peristiwa yang berlaku pada PRK di Ijok dulu juga sebagai bukti siapa yang memulakan provokasi. Nah...
Lihat gelagat menantu Perdana Menteri, apa pula yang dibuat oleh pihak Polis. Bukan nak kata polis ni takut nak bertindak terhadap pimpinan BN tapi semacam ada "double standard" dalam melaksanakan undang-undang. Harap yang berlaku di Ijok tak berlaku di Kuala Terengganu.
Nak tanya pembaca... dengar cerita masa kat Ijok dulu ada individu bawak peti undi keluar dari balai kemudian menghilangkan diri setelah diekori. Betul ke....??? Harap dengan kehadiran 6,000 anggota polis dapat menyekat insiden2 yang belaku di Ijok tak akan berulang di Kuala Terengganu termasuk bawak lari peti undi (kalau betul la cerita tu, may be Ezam boleh sahkan betul atau tak....)

Berikut adalah sedikit cerita mengenai keganasan pilihanraya.....
i) Dalam PRK Lubuk Merbau, Kedah pada 1986, seorang penyokong PAS bernama Osman Talib, 32 tahun, telah meninggal dunia akibat dipukul oleh samseng-samseng UMNO yang dikenali sebagai 'pasukan tahan lasak'. Najib tentu masih ingat tragedi berdarah itu, kerana ketika itu beliau selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia sedang berada di Lubuk Merbau
ii) Pihak mana yang banyak melakukan kekasaran dalam PRK Indera Kayangan Perlis pada tahun 2002 hingga menyebabkan ramai penyokong PKR dan PAS cedera, kenderaan dirosakkan dan sebagainya. Tanyalah Pengarah Pilihanraya Indera Kayangan ketika itu, Saifuddin Nasution betapa ganasnya tentera-tentera elit Shahidan Kassim sehingga PKR dan PAS terpaksa membuat 43 laporan polis mengenai keganasan yang melampaui batas.
iii) Siapa pihak yang memulakan drama membaling botol dalam PRK Ijok pada 2007, jika bukan gerombolan yang diketuai oleh Khairy menantu Pak Lah? Siapa Khairy menantu Pak Lah, dia orang BN atau PR? Jika masih was-was siapa yang memulakan drama baling membaling itu, bukalah rakaman video dan teliti jawapannya.
Apapun yang pernah berlaku di masa lampau sama ada pembunuhan, pukul memukul, meraba dan sebagainya, diharap tidak berulang dalam PRK Kuala Terengganu sama ada oleh pihak BN mahupun Pakatan Rakyat. Polis 6k harap dapat mengekang kejadian-kejadian ini dari berulang.
No comments
Post a Comment