Janji Manifesto Pilihan Raya Dilaksanakan Ikut Keutamaan – MB - MalaysiaKini



[suarakeadilan.com] Janji Manifesto Pilihan Raya Dilaksanakan Ikut Keutamaan – MB

KERAJAAN Pakatan Rakyat akan melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu mengikut keutamaan, kata Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, ada beberapa program yang diutamakan pada masa ini, antaranya program mesra usia emas, bantuan untuk ibu tunggal dan beberapa program kemasyarakatan yang akan dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, pemberian bantuan RM50 sebulan kepada kanak-kanak prasekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu belum dapat dilaksanakan.

“Kita tidak hapuskan (batalkan program itu). Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai polisi kebajikan tetapi kita perlu seimbang dengan situasi ekonomi pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu menguruskan kewangan dengan baik memandangkan situasi kemelesetan ekonomi dunia ketika ini.

“Adalah perlu kerajaan negeri dan saya berharap juga kerajaan persekutuan mengurus dana dengan begitu tertib dan cermat untuk menghadapi keadaan penurunan ekonomi yang kini sudah mula dirasai Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 7 Januari lalu.



http://gomalaysian.blogspot.com/2009/01/janji-manifesto-pilihan-raya.html

No comments

Powered by Blogger.