kalau aku kata bodoh lain kali tolong jangan marah.

BEAUFORT: Kerajaan bersetuju mengkaji semula pembatalan saman terhadap pemilik, pemandu dan penumpang kenderaan persendirian yang belum mempunyai tali pinggang keledar di belakang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin, berkata ia berikutan wujud percanggahan pendapat di kalangan agensi penguatkuasa seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Setakat ini, katanya, JPJ sudah mengeluarkan 2,452 saman kepada mereka yang mengingkari arahan memakai tali pinggang keledar belakang sejak 1 Januari lalu.

"Kita akan memperhalusi kes kenderaan tiada tali pinggang belakang demi kepentingan awam dengan mengambil kira fakta kenderaan yang dipasang pada 1995 ke atas sememangnya dilengkapi kemudahan itu," katanya kepada media selepas meninjau tapak cadangan Akademi Latihan JPJ di sini, hari ini.

Pada 17 Januari lalu, Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh menyuarakan kekecewaannya dengan tindakan agensi penguat kuasa, termasuk polis menyaman penumpang belakang kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar walaupun kenderaan itu tiada kemudahan berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan khususnya daripada pemilik kereta di Johor dan Pulau Pinang yang mendakwa disaman walaupun selepas menjelaskan kenderaan itu belum dipasang tali pinggang keledar.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan sudah memberi tempoh tiga tahun kepada pemilik kenderaan yang tidak memiliki tali pinggang belakang untuk memasangnya dan beberapa syarikat pengeluar kereta seperti Honda Malaysia Sdn Bhd serta Proton Edar Sdn Bhd bersetuju memasangnya secara percuma.

"Bagi menyelesaikan isu ini, kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada pemilik kenderaan yang belum memasang tali pinggang keledar supaya memasangnya mengikut tempoh ditetapkan," katanya.


ni apa kes? sekejap macam tu...sekejap macam ni...woi....rakyat dah habis banyak duit tau tak? kamu tak pe la..duit bertimbun...ketua polis..hang buat apa?

1 comment

mangchikla said...

Iklan biskut Chipsmore...

Powered by Blogger.