live dap from KT


Saya mewakili Sdr Lim Kit Siang dalam Majlis Makan Malam bersama Pimpinan Pakatan Rakyat malam semalam di Terengganu Equestrian Resort (TER). Dalam ucapan, saya mengatakan bahawa saya amat berbangga kerana berpeluang menyampaikan ucapan di pentas yang sama bersama beberapa tokoh besar politik negara seperti DS Anwar Ibrahim, DS Tuan Guru Hadi Awang, Dato' Mustafa Ali dan pemimpin PAS yang lain. Kalau kira liga politik, saya masih "lightweight" di atas pentas tersebut. Saya menyampaikan komitmen penuh DAP untuk memberi sokongan dan berkempen untuk memenangkan calon PR dalam pilihanraya kecil ini. Kami menganggap Sdr Wahid Endut sebagai calon kita dan kemenangan beliau adalah kemenangan kita bersama. Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam PR dalam beberapa isu, namun agenda yang paling penting ialah membawa perubahan kepada negara dengan menumbangkan UMNO/ BN!


http://lokesiewfook.blogspot.com/2009/01/kt-by-election-update-2.html

No comments

Powered by Blogger.