Mat Sabu: Isu Pembangunan UMNO tidak relevan - Malaysiakini


KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Ceramah yang diadakan di UPU Kenanga menyaksikan kehadiran penyokong pakatan rakyat yang begitu ramai dan dianggarkan mencecah sehingga 5 ribu orang.
.
Ceramah yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi ini menampilkan Mohamad Sabu yang juga bekas calon bagi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihanraya Umum yang lepas. Turut sama dalam ceramah tersebut ialah AJK Pas, Pusat Ustaz Hj Idris Ahmad.
.
"Sesiapa pun yang memerintah akan membuat pembangunan," tegas beliau apabila BN masih memainkan isu pembangunan dalam setiap pilhan raya.
.
Jika dahulu sewaktu pilihan raya sebelum zaman kemerdekaan, isu ini masih relevan digunakan Umno dalam percaturan politiknya.
.
"Tapi kini, telah terbukti negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat tetap meruskan usaha pembangunan. Bahkan rakyat Malaysia seluruhnya dapat lihat pembangunan di negeri-negeri ini jauh lebih pesat jika dibandingkan semasa di bawah pemerintahan BN," tambah beliau.
.
Beliau turut menegaskan, rakyat perlu melihat dan menilai soal keadilan dan kebajikan rakyat yang menjadi keutamaan oleh seorang yang mahu menjadi wakil rakyat kepada mereka. Konteks wakil rakyat sebenar mampu memperjuangkan suara-suara rakyatnya.
.
"Rasuah yang berleluasa dan kekejaman ISA itu sewajarnya dihapuskan BN, hak asasi manusia yang perlu diperjuangkan tak diambil perhatian serius oleh mereka, tapi hal mengenyang perut-perut kroni pula jadi keutamaan BN," tambahnya.
.
Beliau yang telah berulang kali dikenakan ISA itu turut berkongsi sama bercerita pengalamannya berhadapan pandangan masyarakat kepada tahanan ISA ini pada waktu dahulu. Namun hikmah dibuang daerah ke Kuala Pilah dulu, berjaya dimanfaatkan oleh beliau dengan mengubah pandangan masyarakat sekitar sehingga berjaya tertubuhnya 12 cawangan PAS di situ.

No comments

Powered by Blogger.