Malaysiakini - Orang Sungai Besar pun marah dengan Khir Toyo

Mungkin ramai yang tidak tahu dan tidak pernah dengar nama syarikat Rokeng sebelum ini, mungkin juga ramai yang tidak mengetahui bahawa syarikat ini pernah mendapat anugerah tanah dari Khir Toyo. Syarikat milik ahli majlis MDSB, Dato' Hj Mohamad Mosloro Abdullah dan Hamidah Ahmad, No pendaftaran . 563347. Ini mengakibatkan seorang ahli UMNO Sungai Besar telah membuat aduan salah guna kuasa Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas tindakan rakus dan zalim terhadap rakyatnya.

Aduan itu dibuat oleh Abdul Aziz Suloh di ibu pejabat BPR Putrajaya 14 Februari, lalu. Dalam aduan tersebut, beliau mempertikaikan tentang pemberian tanah kerajaan melalui projek penswastaan tanah milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kepada syarikat Rokeng Corproration sdn. bhd. Katanya semua urusan pemberian tanah kepada Rokeng Corportion dibuat melalui orang kuat Khir Toyo iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Masloro Ahmad.

Beliau turut membuat aduan tentang pemberian tanah dusun rancangan Merbau Berdarah Am 1, Mukim Sungai Panjang kepada rakyat di daerah Sabak Bernam yang diluluskan oleh mesyuarat kerajaan negeri pada 14 Februari 2005 telah dibatalkan pada 20 Januari 2006. Beliau mendakwa tanah tersebut telah diberikan kepada kroni-kroni Khir Toyo.

Dalam aduan itu juga Khir Toyo didakwa telah menyalahgunakan kuasa dalam proses pembelian 19 buah rumah di Taman Perwira daripada pemaju Perwira Bintang Sdn Bhd bernilai lebih RM3juta.

Sedangkan kata beliau, MDSB tidak mempunyai sumber kewangan dan diarah meminjam daripada Tabung Amanah SUK semata-mata mahu menyelamatkan projek perumahan yang tidak laku.

Tindakan rakus Khir Toyo telah menimbulkan kemarahan orang Melayu di Sungai Besar, tegasnya. Tambah beliau, Khir berlagak baik ketika berada di luar Sungai Besar tetapi dengan pengundinya beliau seorang pemimpin diktator berlagak sombong dan cakap besar.

"Orang Melayu kalau sudah marah dengan sikap pimpinan Umno, jangan marah kalau Umno akan hancur," katanya.

http://antikhirtoyo.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.