mingguan malaysia buat hal!

akhbar Mingguan Malaysia digesa memperbetulkan kesilapan menghilangkan perkataan dalam laporan wawancara bersama Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang tersiar dalam akhbar berkenaan hari ini.

ImageAkhbar milik Utusan Melayu (M) Berhad ini telah menyiarkan wawancara dua calon yang bertanding iaitu Wahid dan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh di halaman tujuh.

Akhbar itu juga diminta memohon maaf kepada Calon PAS berikutan kesilapan yang bagi Pesuruhjaya PAS, Mustafa Ali sebagai sesuatu yang mungkin disengajakan.

"Kalau tersalah ejaan mungkin kita boleh terima, tetapiini salah perkataan, seperti disengajakan," katanyakepada wartawan dalam satu sidang medianya di PusatMedia PAS, Kuala Ibai hari ini.

Wawancara yang disiarkan itu antara lain menyebut Wahid kononnya berkata " Saya kenal Allahyarham Razali (Dato' Razali Ismail bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu).Allahyarham seorang yang profesional dan mengamalkan rasuah,".

ImageMenurut Mustafa, perkataan 'mengamalkan rasuah' itu sebenarnya salah, sebaliknya setelah beliau meminta penjelasan sebenar Wahid, beliau menyatakan perkataan 'tidak' sepatutnya mendahului perkataan sebelum 'mengamalkan rasuah'.

"Sepatutnya ia ditaip 'tidak mengamalkan rasuah'," kata Mustafa Ali yang turut kesal dengan insiden yang dianggap sebagai kesilapan yang keterlaluan.

Bagi Mustafa, ia melanggar etika dan profesionalisme media, dan beliau mengharapkan ia tidak diulangi.

Beliua turut menyatakan pihaknya kini sedang mengkaji tindakan selanjutnya jika akhbar terbabit tidak membuat pembetulan dan memohon maaf dalam tempoh sebelum hari pembuangan undi.

Selain itu Mustafa juga mengulangi amaran kepada pihak BN agar tifak terus menggunakan media arus perdana untuk menyelewengkan fakta mengenai kenyataan pembangkang.

Malah paling dikesali, isu hudud yang tidak relevan dengan isu yang sepatutnya dibangkitkan dalam pilihan raya kecil ini dimainkan sekali lagi oleh akhbar arus perdana, katanya.

Mereka kekurangan modal dan isu untuk menghentam pembangkang hingga isu yang tidak ada kena mengena dengan situasi kempen dimainkan dalam media, katanya.

Mustafa sekali lagi memberi amaran kepada pihak terbabit agar profesional dalam melaporkan kenyataan mana-mana pihak yang terbabit dalam pilihan raya kecil ini./

No comments

Powered by Blogger.