PRK P36: Bangsatnya Pemimpin UMNO Semakin Terserlah

 Memang tak dinafikan tajuk artikel yang saya pilih ini agak 'ganas' tetapi rasanya inilah yang paling sesuai untuk para pemimpin UMNO yang sedang bermaharajalela dalam negara dengan melakukan segala kejahatan dan kekejian yang malampau. Negara ini dah jadi 'pariah' pada pandangan negara jiran.

Negara jiran seperti Singapura yang langsung tiada sumber hasil bumi dan hanya bergantung kepada industri perkilangan, kewangan dan pelabuhan telah jauh lebih maju daripada Malaysia serta mempunyai rezab negara bernilai lebih USD 500 billion. Sebab itulah kedudukan matawangnya kukuh walaupun dalam keadaan ekonomi dunia gawat pada tahun 1998.


Singapura juga berada pada kedudukan ke-5 (Indeks CPI) terbaik sebagai negara yang bersih daripada rasuah. Malaysia negara yang memiliki segala bentuk hasil bumi, industri dan pelabuhan tetapi kedudukan ekonominya rapuh. Bila kegawatan ekonomi melanda dalam tahun 1998, matawang negara merudum jatuh daripada RM 2.50 kepada RM 3.80 berbanding Dollar Amerika. Dari sudut indeks rasuah (CPI), Malaysia menduduki tangga ke-47 sebagai negara kuat rasuah.

Lalu berkokoklah si PM Mahathir Mohamed ketika itu menyalahkan George Soros yang disebut penyangak matawang sebagai punca kejatuhan ekonomi. Akhirnya terdedah juga bahawa punca sebenar kejatuhan matawang kita adalah disebabkan kerapuhan ekonomi dan jumlah rezab simpanan negara merosot di bawah para USD 150 billion. Dengan rezab simpanan negara yang kecil, maka Malaysia tidak mampu bertahan dalam suasana ekonomi yang gawat. Jumlah rezab negara tidak mampu menampung nilai impot dan hutang negara meningkat secara mendadak dengan kejatuhan nilai matawang.

Tapi malangnya rakyat negara ini khususnya orang Melayu bebal yang menyokong UMNO, terus-menerus diperbodohkan oleh pemimpin mereka dengan segala bentuk propaganda yang disebar oleh media perdana. Pemimpin mereka hidup dengan segala kemewahan hasil rasuah, penyelewengan dan rompakan harta milik negara dan rakyat sehingga hampir musnah kedudukan ekonomi tapi mereka tetap memberikan undi kepada UMNO/BN. Tak pernah aku jumpa spesis bangsa dalam dunia yang sebegini bebal kecuali Melayu. Mengaku Islam tetapi boleh menentang sebuah jamaah (parti) yang benar-benar ikhlas mahu menegakkan Islam dalam negara seperti PAS.

Hari ini suasana kempen di Kuala Terengganu semakin hangat. Seperti biasa UMNO akan menggunakan tektik kejinya untuk membeli undi dengan memberi duit kepada para pengundi khususnya orang Melayu. Bila para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat menasihati para pengundi agar berhati-hati dengan agen-agen UMNO yang datang untuk membeli undi, maka berkokoklah Pak Lah dengan mengatakan bahawa semua tuduhan pemimpin pembangkang itu tidak berasas dan semata-mata untuk memburukkan BN.

Nah !, sekarang telah terbukti benar apa yang diperkatakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Pemimpin UMNO ingat kita ni bodoh. Sebenarnya merekalah yang bodoh. Terbukti bahawa UMNO/BN memang menggunakan wang untuk membeli undi daripada individu yang mereka sangka bukan penyokong PAS. Pendedahan bukti ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali (Cikgu Pa). Cikgu Pa menjelaskan bahawa memang wujud satu unit yang ditugaskan untuk mencari para pengundi yang bersedia untuk mungundi BN.

Modes operandinya pada kali ini agak tersusun. Tembelang busuk ini pecah apabila salah seorang individu unit ini telah pergi menemui seorang 'prospek' yang boleh dibeli dan memaklumkan kepada prospek tersebut sekiranya ada pengundi yang sedia mengundi BN, beliau sedia membantu dengan memberi wang RM500 seorang. Individu itu menyangka bahawa prospek yang ditemui itu bukan dari kalangan penyokong PAS. Rupa-rupanya prospek tersebut adalah salah seorang penyokong kuat PAS lalu melaporkan hal tersebut kepada Cikgu Pa. Sila klik disini untuk laporan penuh.

Memang kalau dah bangsat tu, bangsatlah juga. Itulah pemimpin UMNO. Dia orang ingat orang Melayu Terengganu bodoh macam orang UMNO Johor. Kalau orang UMNO Johor, beri kain batik yang berharga RM15 pun dah memadai dan terus jadi bebal seumur hidup.

Satu tembelang UMNO dah bocor. Lepas tu pak Menteri Pengguna, Shahrir Samad pulak yang berkokok dengan memberi amaran kepada pemimpin pembangkang agar jangan menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai bahan kempen di Kuala Terenggannu. Ni pun satu lagi contoh menteri bangang. Cuba tanya kat dia siapa yang perintah negara sekarang ? Tanya lagi kat dia yang hang boleh naik jadi menteri ni melalui saluran apa ? Disebabkan kebodohan pemimpin UMNO/BN mentadbir dan menguruskan ekonomi negara serta menjadi perompak wang rakyat, maka sebab itulah harga barang naik dan rakyat semakin hidup susah. Jadi, memang sewajarnyalah para pemimpin Pakatan Rakyat yang bijaksana dan smart politician membawa isu kenaikan harga barang ini sebagai salah satu bahan kempen bagi menyedarkan rakyat agar jangan mengundi BN. Memang tepat perkataan BN ini disebut BARANG NAIK.

Namun ada juga 'kecerdikan' pemimpin UMNO yang tidak boleh dinafikan yaitu sangat cekap merompak wang rakyat, cerdik menipu dan memfitnah orang, sentiasa mencari peluang yang ada untuk buat duit dan yang paling iblis respect dan tabik kat pemimpin UMNO ni ialah berani melawan dan mempermainkan Hukum Allah. Bukan semua orang yang ada 'kelebihan' macam pemimpin UMNO ni.

Cerdik lagi rakyat Sabah berpolitik jika dibandingkan dengan ahli UMNO di Semenanjung. Sejarah membuktikan rakyat Sabah pernah membuat perubahan sebanyak 4 kali parti yang memerintah. USNO, Berjaya, PBS dan UMNO. Walaupun parti-parti ini sebagai komponen BN namun rakyat Sabah boleh berubah-ubah sokongan dalam jangkamasa waktu yang pendek. Aku menjangkakan pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang ini, sekali lagi rakyat Sabah akan membuat perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat pula sebagai pemerintah di Sabah dan Malaysia. Kita tunggu dan lihat saja.

Kepada para penyokong kuat PAS dan Pakatan Rakyat yang bukan petugas, aku sarankan seramai mungkin menyamar sebagai penyokong BN dan pergi jumpa agen UMNO yang nak bagi duit RM500 tu. Dia bagi duit ambik dan kita laporkan kepada pimpinan PAS dan PR untuk kumpulkan sebanyak mungkin bukti 'rasuah undi' yang dilakukan oleh puak-puak bangsat tu.

Kepada seluruh pengundi Kuala Terengganu yang budiman, "AYUH KITA UNDI PAS BAH..."

Salam ukhwah dari Sabah.


http://monazmuslim.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.