Nasihat untuk UMNO
Oleh ruhan
"Saya sangat bersetuju dengan pengakuan Najib bahawa UMNO tidak mesra rakyat. Sehubungan itu, UMNO mesti mengubah imej dan perangai supaya rakyat boleh terima. Begitu juga dengan kenyataan Mahyuddin tentang UMNO telah kehilangan daya penarik. UMNO perlu berubah untuk memikat hati rakyat. Demikianlah penyataan yang tidak pernah kita dengar selama ini keluar dari mulut pemimpin-pemimpin UMNO.
Semua ahli UMNO perlu menyokong saranan baik itu. Tak kiralah mereka itu ahli akar umbi ke, cawangan ke, bahagian ke, Majlis Tertinggi ke, Naib Presiden ke, Timbalan Presiden ke, ataupun Presiden.
Namun demikian, terlalu banyak perubahan drastik yang perlu diubah. Mari kita lihat persoalan-persoalan yang menghantui dan melemahkan UMNO pada masa kini:
(1) Bagaimana UMNO hendak mengikis imejnya sebagai parti rasuah dan parti pengkhianat bangsa?
(2) Bagaimana UMNO hendak menyorokkan mahligai yang didirikan pemimpin-pemimpinnya, walaupun baru sepenggal jadi ADUN/MP?
(3) Bagaimana UMNO hendak menghapuskan kemarahan rakyat terhadap keengganannya melaksanakan undang-undang Islam?
(4) Bagaimana UMNO hendak mengikis sikap elitis dan egois dalam kalangan pemimpinnya?
(5) Bagaimana UMNO hendak menang pilihan raya kalau tidak menggunakan jentera kerajaan secara total?
(6) Apa yang akan digunakan oleh UMNO bagi menggantikan projek semerta dan taburan wang setiap kali pilihan raya untuk membeli undi rakyat?
(7) Apa wadah yang akan digunakan bagi menggantikan akhbar-akhbar dan tv pengampu untuk melanyak pembangkang setiap kali diadakan pilihan raya?
(8) Apa isu yang akan digunakan oleh UMNO bagi menggantikan isu perkauman setiap kali tersepit?
(9) Kaedah apakah yang akan dipakai oleh pemimpin UMNO untuk mengelakkan hujah dalam kenyataan akhbar mereka dipatahkan dengan mudah oleh penganalisis masa kini yang ternyata lebih berkaliber daripada mereka?
(10) Strategi apakah yang akan digunakan bagi menggantikan JKKP di negeri-negeri yang diperintah parti lain supaya rakyat tidak berbalah dan menyedari kejadian itu seumpama api dalam sekam yang boleh melemahkan daya tahan rakyat terhadap musuh negara?
(11) Sampai bila UMNO tak mau bagi satu sen pun peruntukan ADUN/MP yang berlainan parti dengan mereka sehingga parti-parti yang berlainan itu pun mengambil langkah yang sama di negeri-negeri yang mereka berkuasa?
(12) Sampai bila sindrom menempelak pihak lawan yang berkuasa bagi mengada-ngadakan kelemahan sehingga pihak lawan pun terikut-ikut?
Sedozan permasalahan itu jika hendak dilaksanakan semuanya tidak mungkin selesai dalam satu penggal pemerintahan. Ini bermakna UMNO akan kecundang juga sudahnya. Sifat tikam-menikam, dendam-mendendam, nafi-menafi, dan pelbagai perangai negatif lagi tidak membawa orang Melayu ke mana-mana.
Hanya ada satu jalan yang boleh menyelamatkan UMNO. Mereka perlu kembali kepada Islam. Mereka perlu meninggalkan ideologi kebangsaan yang sudah tidak relevan lagi pada zaman ini. Mereka perlu mengutamakan rakyat, bukan diri sendiri dan kroni.
Melaluinya Melayu akan bersatu. PAS akan bersatu dengan UMNO. Melayu jadi kuat. Tidakkah ini menjadi satu-satunya pilihan yang tinggal bagi mengelakkan UMNO hancur ditelan masa?
JAWABLAH SEJUJUR_JUJURNYA!!!

No comments
Post a Comment