ni jawapan untuk bapak penipu selangor


SHAH ALAM, 14 Januari – Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan beliau menggunakan peruntukan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk membeli sebuah Toyota Lexus bagi kegunaan peribadi.


Menurut beliau dakwaan yang dibuat bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu sengaja diada-adakan.

“Lexus itu kepunyaaan saya sendiri dan saya membelinya sebelum pilihan raya lalu dan adalah cukup bodoh untuk membuat kenyataan seperti itu. Pihak berkenaan perlu teliti semula fakta yang sebenarnya,” katanya yang lebih gemar menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan rasmi kerajaan.

Abdul Khalid berkata kenderaan yang dibelinya pada Julai 2007 itu turut digunakan semasa kempen pilihan raya umum Mac lalu sewaktu beliau menjadi calon bagi kerusi Ijok dan Bandar Tun Razak.

Tambahnya, adalah mustahil beliau menggunakan peruntukan KDEB untuk membeli kenderaan terbabit memandangkan beliau sudah menggunakannya sebelum beliau menjadi Menteri Besar lagi.

Katanya, walaupun pernah menjadi pengerusi di beberapa syarikat dan ditawarkan kenderaan syarikat, beliau menolak kerana lebih gemar menggunakan kenderaan milik sendiri.

“Prinsip saya, jika ada kenderaan sendiri, adalah lebih baik kita gunakannya,” katanya.

Abdul Khalid berkata beliau tidak pernah menyalah gunakan peruntukan KDEB untuk tujuan peribadi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid turut ditanya berhubung cadangan pembinaan kampus Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Cyberjaya.

Beliau berkata pihaknya masih membincangkan cadangan itu.

“Kita menyokong cadangan ini namun belum memutuskan sama ada untuk memberikan tanah atau tidak kerana ia membabitkan tanah kerajaan negeri dan perlu melalui beberapa prosedur tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) petang tadi. – MURIZA ABDUL HAMID

No comments

Powered by Blogger.