Nik Aziz pertahan Kerajaan Perak


KOTA BHARU 3 Jan. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan keputusan Kerajaan Perak untuk mengurniakan tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru di negeri itu walaupun telah diarah menangguhkannya sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan.

Katanya, menjadi tugas kerajaan negeri untuk memberikan kemudahan dan berkhidmat kepada rakyatnya dengan sebaik mungkin.

"Memberi pada rakyat adalah kerja kerajaan, di mana salahnya memberi benda kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak yang mula mengurniakan tanah hak milik kekal kepada penduduk di kampung baru Khamis lalu.

Tindakan tersebut melanggar arahan MTN yang meminta supaya ia ditangguhkan sehingga keputusan mengenainya dapat diselesaikan.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu selaras dengan manifesto pakatan pembangkang iaitu negeri berkebajikan.

"Kalau kerajaan negeri jual benda itu (tanah) kepada negeri lain, itu baru masalah kerana kerajaan hendak mencari keuntungan.

"Tetapi kalau kerajaan negeri beri tanah kepada kepada rakyat sendiri, apa salahnya," katanya.

No comments

Powered by Blogger.