siapa yang bergolak?artikel yang perlu dibaca terbalik
PEKAN: Pergolakan dalaman parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat akibat perbezaan dasar dan ideologi mendedahkan kepada rakyat bahawa tiada langsung wujudnya persefahaman dalam pakatan itu, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak ada satu dasar, sebaliknya hanya ada dasar berbeza mengikut parti sama ada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Oleh itu, katanya, gambaran umum seolah-olah mereka ada membentuk satu persefahaman seperti yang diuar-uarkan kepada rakyat sebelum ini adalah tidak benar.
“Pas ada dasar dan ideologi sendiri, DAP juga ada dasar dan ideologinya begitu juga PKR pun ada dasar dan ideologinya, tetapi tidak ada satu digabungkan sebagai Pakatan Rakyat.
“Gambaran diberikan mereka hanya untuk mengaburi mata rakyat... ini belum lagi sampai peringkat mentadbir negara, tetapi sudah ada perbezaan ketara antara persefahaman parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 dan Seminar Keibubapaan kawasan Parlimen Pekan di sini, semalam.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengulas pergolakan dalaman DAP dan PKR akibat perselisihan faham dan perbezaan pendirian antara pemimpinnya.
Beliau berkata, pergolakan itu membuktikan dalam masa singkat tidak sampai setahun sudah mula menunjukkan keretakan dalam pakatan pembangkang dari segi dasar dan pendirian secara peribadi.
Ditanya sama ada perkara itu akan memberi kelebihan kepada BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil 17 Januari ini, Najib berkata, beliau berharap pengundi di kawasan itu akan buat perhitungan rasional berdasar kemampuan dan realiti yang sebenarnya.
“Kita akan tengok apa kesannya pada pilihan raya kecil nanti kerana gambaran umum bahawa Pakatan Rakyat segala-galanya indah belaka dan tidak ada cacat cela,” katanya.
Ditanya sama ada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu boleh disamakan dengan Permatang Pauh, Najib berkata, saingannya sengit tetapi BN mempunyai kelebihan untuk mempertahankan kerusi itu.
No comments
Post a Comment