pelapis pakatan rakyat sedia menggempur!!!!!!

Sahabat den berbincang tentang kekalahan BN di KT semasa kami breakfast bersama tadi. Bloggers pun ramai yang bersungguh-sungguh buat analisis. Ada yang kata kalah sebab calon la, BN tak ambil pengajaran la, semangat jentera BN lemah la, Puteri UMNO pakai jeans lah, sepanduk PAS lagi 'maut' la dan pelbagai lagilah analisis yang dibuat. Analisis ahli panel di RTM dan Astro Awani pun seperti terkial-kial nak beri jawapan kepada persoalan kenapa BN asik kalah je. Semua orang boleh beri pendapat, tapi den rasa itu bukan jawapan yang tepat.

Semasa ahli-ahli UMNO masih lagi sibuk dengan pemilihan parti MAC ini, pembangkang dalam diam telah memulakan usaha untuk menarik golongan pengundi muda yang bakal mengundi di PRU-13 nanti. Bermula Disember lalu, PKR melalui IKD telah memulakan latihan kepada trainers dan consultant terpilih untuk merekrut bakal-bakal jentera pembangkang. Sasaran utama mereka ialah 'kepala' di universiti-universiti tempatan serta 'kepala' belia di kawasan bandar dan luar bandar. 'Kepala' yang dimaksudkan di sini bukanlah MPP atau pengerusi belia. MPP dan ketua belia kawasan kebanyakannya tidak disukai oleh sebahagian besar mahasiswa atau golongan belia kerana kelihatan terlalu elit atau dalam bahasa mudahnya "macam bagus".

'Kepala' yang dimaksudkan di sini adalah individu peringkat bawahan, tetapi mempunyai karisma atau aura yang mampu menarik orang lain untuk 'mengikut' mereka. Kebanyakan mereka mengetuai kumpulan-kumpulan kecil dalam universiti atau kumpulan belia, tetapi amat dihormati dikalangan mereka. Golongan seperti inilah yang menjadi sasaran pembangkang untuk menjadi sebahagian daripada jentera mereka. Pengaruh 'kepala' ini akan digunakan sebaiknya bagi menarik sokongan bakal pengundi muda.

'Kepala' ini kemudiannya akan dibawa oleh trainers dan consultant yang dipilih sebelumnya untuk menjalani kursus pengkadiran. Ini merupakan satu strategi yang pernah berjaya dipraktikkan Brader Anwar Bin Ibrahim melalui BTN sebelum ini. Jika dahulu, sasaran Anwar hanyalah kepada orang Melayu atau orang UMNO, tetapi kini semua bangsa yang berpotensi turut dilibatkan. Mereka akan di bawa ke suatu tempat atau bercuti di mana-mana lokasi sambil dibrainwash dan disogokkan dengan propaganda bagi menyokong serta mengagongkan Anwar. Setelah selesai latihan, maka tugasan akan diberikan kepada setiap 'kepala' bagi melaksanakan misi mempengaruhi golongan sasaran.

Den tak pasti sama ada BN sedar atau tidak mengenai perkara ini. Kalau mereka sedar pun, apalah yang mereka kisahkan sangat. Pemilihan UMNO lebih penting la katakan. Lagipun orang No 1 lebih suka tidur daripada berfikir. Berbalik kepada soalan sahabat den masa breakfast tadi,

Sahabat 1: Ekau agak la kan, kenapo BN asik kalah memanjang yor?

Sahabat 2: Buek apo la susah-susah nak pikir. Selagi
Paklah dan KJ ado kek ateh tu, selagi tu la BN akan terus kalah. Tu pun susah nak agak ko?

Sahabat 3: Patut la Hadi Awang beriyo-iyo nak Paklah kokal jadi PM.

Sahabat 2: Sokong ada makno tu...

Den: Situasi politik kawasan pantai timur, utara, barat dan selatan semenanjung berbeza. Samo la jugak kehendak Melayu, India, Cina dan kaum-kaum lain pun tak samo. Tak mencerminkan satu sama lain. Takdo yang bulih mendabik dada.

Sahabat 1: Mungkin jugak ni refleksi penolakan rakyat pado Najib.

Sahabat 3: Formula Che Det jugak yang baguih. Semuo orang aman damai. Kompom Che Det akan masuk campur. Tengoklah nanti.

Den: Hahaha..den takut sok ado yang 'mati' berangan.

http://paneh.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.