rupa shabery bodoh..tak tahu maksud keadilan


SATU rancangan khas sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan disiarkan setiap hari bermula pukul 10.30 malam esok (Isnin) di TV1, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, rancangan yang disiarkan selama 30 minit itu, akan memuatkan maklumat mengenai landskap parlimen Kuala Terengganu serta rangkuman aktiviti sepanjang pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, rancangan yang disiarkan dalam format yang informatif itu akan dikendalikan oleh seorang wartawan bebas.

"Aspek informatif yang mempunyai liputan tentang memahami landskap Kuala Terengganu, berapa peti undi dan berapa lokaliti. Liputan seperti hari ini di Wakaf Mempelam. Apa lokaliti, pembangunan dan landskap di sana. Aspek ini mesti ada untuk memahami pilihan raya di sini.

"Dalam pada itu, rancangan ini akan turut memuatkan aktiviti yang akan dijalankan oleh calon daripada kedua-dua parti termasuk ceramah dan kempen mereka," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Ahad.

Bernama melaporkan Shabery berkata, format rancangan khas itu penting bagi memastikan perjalanan program berkenaan memberikan manfaat kepada penonton di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau berkata. RTM menyediakan dua pasukan sepanjang pilihan raya kecil tersebut, termasuk sebuah pasukan untuk membuat "breaking news" dari semasa ke semasa mengenai aktiviti yang dijalankan oleh calon yang bertanding.

"Masyarakat perlu diberi lebih banyak maklumat mengenai apa yang berlaku di Kuala Terengganu," katanya.

Ditanya mengenai liputan yang adil menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Shabery berkata, perkara yang penting ialah menyiarkan maklumat yang mempunyai nilai berita dan berinformasi kepada penonton.

"Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan liputan yang adil. Bagi saya, yang penting ialah nilai berita... dan mengenai nilai berita, bagaimana definisi mereka terhadap nilai berita. Saya serahkan kepada wartawan yang profesional untuk memikirkan apa yang terbaik daripada segi berita," katanya. / Agendadaily


Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan liputan yang adil - Menteri Penerangan

No comments

Powered by Blogger.