semua salah najib!

MANAMA (BAHRAIN): Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno perlu melakukan perubahan radikal untuk mengembalikan semula daya tarikan parti bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata, perubahan radikal itu perlu dilakukan segera kerana Umno sudah hilang daya tarikan sehingga pelbagai persepsi negatif dilontarkan terhadap parti.

"Kita perlu ada 'wow factor' (faktor daya tarikan) supaya pengundi kembali kepada kita. Kini kita kehilangan faktor itu dan kita perlu mencari jalan untuk mendapatkan ia kembali," katanya pada sidang media di sini.

Beliau mengulas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada Sabtu lalu.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut yang memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi.

Calon BN, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya meraih 193 undi.

No comments

Powered by Blogger.