Kedudukan Sazmi Terancam
LAPORAN dari Machang memberi kedudukan calon BN Parlimen Machang, Sazmi Miah dikatakan dalam keadaan tertekan ketika ini. Dalam pada itu sokongan kepada calon PKR, Saifuddin Nasution Ismail semakin bertambah dan melegakan.
Peningkatan sokongan kepada Saifuddin berlaku secara mendadak selepas Anwar Ibrahim berkunjung dan berceramah di Machang, malam Isnin lalu. Isu Saifuddin sebagai orang luar juga tidak timbul dan dipedulikan pengundi Machang lagi.
Hampir 10,000 dilaporkan hadir pada ceramah Anwar di padang Majlis Perbandaran Machang, malam Isnin lalu. Umno gagal mensebotaj majlis berkenaan. Beberapa jam sebelum ketibaan Anwar agen Umno telah menaburkan surat sebaran mengatakan Anwar tidak dapat hadir ke Machang sebaliknya berceramah di Kota Bharu.Kerja-kerja sebotaj demikian memang kerja Umno. Sebelum ini ia telah dilakukan ke atas beberapa ceramah pembangkang terutamanya melibatkan Anwar. Bagaimana pun sebotaj berkenana tidak berjaya. Perbuatan itu secara automatik menjelaskan BN benar-benar tertekan dengan ceramah Anwar yang mendapat sambutan hangat.Sebagai rekod Ketua Perang Saraf BN Kelantan ialah Sazmi Miah.
Sementara itu laporan lain pula menyebut, isteri Sazmi kini sedang giat bergerak menjalankan kempen untuk suaminya dari rumah ke rumah. Taktik untuk mengadakan bacaan Yassin di rumah-rumah tertentu digunakan. Selepas majlia baca Yassin mereka yang hadir diberikan sedikit habuan dengan harapan akan mengundi Sazmi.Bagaimana pun satu panggilan yang diterima lewat semalam benar-benar boleh menyebabkan Sazmi dalam keadaan kepanasan dan tidak nyenyek tidur.
Pemanggil itu memberi tahu ada arahan secara tidak langsung dari pihak istana Kelantan agar Sazmi di tewaskan di Machang. Pihak istana dikatakan tidak begitu senang dengan tindak tanduk agresif Sazmi yang juga Setiausaha Kementerian Alam Sekitar mendedahkan soal pencerobohan Tanah Tinggi Lojing tidak lama dulu.
Ekoran pendedahan itu menyebabkan beberapa buah syarikat yang didakwa melakukan pembangunan melampau (menceroboh) telah didakwa di mahkamah atas Akta Alam Sekitar. Salah sebuah yang terbabit dikata ada hubungan dengan pihak istana.
Menurut permanggil yang juga rapat dengan istana itu, apa yang berlaku itu benar-benar mengilankan pihak istana kerana ia seolah-olah tidak menghormati istana Kelantan. Raja Perempuan Kelantan adalah penaug kepada Jawatankuasa tanah berkenaan.
Justeru katanya sebagai pengajaran Sazmi perlu dikalahkan dalam pilihan raya 8 Mac kelak. Sekiranya benar ada signal demikian daripada pihak istana ini menjadikan kedudukan Sazmi semakin terancam! [wm.kl 7:15 am 05/03/08]

No comments
Post a Comment