Al-Fatihah: Yusni Jaafar meninggal dunia

Oleh Bernama
Selasa, 01 April 2008
KL: Pelakon terkenal Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.

Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurut anak keduanya Raja Ema kepada Radio24 Bernama di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 31 Jan lepas.

Katanya jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ 15 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21.

Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.

Antara pencapaian Allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Komedi Wanita Terbaik pada Pesta Filem Malaysia ke-8 pada 1989.

Lakonan terakhir Allahyaram ialah dalam filem Cuci pada tahun lepas.

Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada 1978 dan sepanjang hayatnya telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.

Warga kerja kami mewakili seluruh sahabat dan pembaca KLpos.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah..

No comments

Powered by Blogger.