Anwar PM Ke-6?
Oleh ZuzainZazain
"
Yes! The outcome of the PRU12 is a welcoming change. But I wish it stop at that. PAS takes Kelantan and Kedah, DAP takes Penang and together with PKR, they jointly take Selangor and Perak. BN remains the Federal Government (besides the other states).
Apa yang dimahukan oleh rakyat? Satu sistem politik yang baik; Kerajaan yang tidak bertindak sewenang-wenang kerana mendapat mandat yang terlalu besar. Itu yang diberikan oleh rakyat pada PRU12. Apa kesan dari keputusan rakyat pada PRU12? Kemunculan politik rakus. Parti yang diharap oleh rakyat untuk mengimbangi Kerajaan telah menunjukkan betapa ia didokong oleh pemimpin yang tidak berwibawa.
Apakah rakyat yang menentukan perubahan, yang bukannya ahli mana-mana parti boleh terima apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin yang rakus? Mungkin PRU13 akan memberikan jawapan. Pada saya 3 orang yang tidak layak menjadi pemimpin agung Malaysia adalah Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Hadi Awang. Sejarah malang bagi Malaysia kerana Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia lebih 22 tahun. Tidak perlulah saya bacakan kenapa, tetapi sejarah telah dan akan membuktikannya. Beliau sendiri memberikan bukti.
Apakah Malaysia akan mengulangi sejarah malang dengan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia? Sejarah telah membuktikan kenapa Anwar tidak layak, tetapi penyokong beliau membutakan. Adakah orang Melayu lain juga buta? Pengundi juga akan membutakan? Kalau itu yang majoriti orang Melayu dan pengundi mahukan, kita berdoa sahaja lah supaya Allah melimpahkan rahmatNya untuk membela Malaysia dan bangsa Melayu khasnya pada dekad-dekad mendatang."
No comments
Post a Comment