Apalah Sangat Ada Pada Bangsa
Oleh ayuandetank
"Jika terkeliru: Rujuklah pada yang lebih berilmu.
Saban hari kita terlalu kerap sangat dihidangkan dengan tulisan- tulisan berbentuk artikal, forum bahkan melalui ucapan-ucapan dan sebagainya perihal perjuangan bangsa. Sampai ke manakah "bangsa" ini ingin diperjuangkan? kalau sekadar di dunia sahaja dan tidak boleh dibawa ke akhirat, tak guna kita kalut-kalut memperkatakannya. Tak kiralah siapakah status orang yang memperkatakannya itu.
Di sini ingin saya bertanya,"kalau saban waktu kita memperkatakan mengenai bangsa "MELAYU", sekarang ini siapakah Melayu itu??? setahu saya, kalau kita bariskan 10 orang yang mengaku yang dia itu berbangsa Melayu, katakan Mahathir, Zainuddin Maidin, Nor Mohamed Yakcop, Kadir Sheikh Fadhil, Syed Hamid Albar, Amirsham A. Aziz, Rais Yatim dan sebagainya, apakah kalau kita tidak pernah melihat mereka ini sebelum ini kita akan mengiakan yang mereka tersebut berbangsa Melayu?. Nak cari "pure" Melayu sekarang ini dah tak ada lagi dah. Yang adanya banyak darah telah bercampur baur di dalam sebatang tubuh setiap mereka yang menggelarkan diri mereka MELAYU. Cuma kalau nak lagi menggunakan istilah MELAYU ini, pelbagai bentuk kriteria saintifik, budaya dan sebagainya telah direka-rekakan bagi menunjukkan dan mengukuhkan status MELAYU itu.
Sewajarnya, marilah sama-sama kita berjuang selari dengan apa yang telah diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. Berjuang atas dasar yang satu iaitu ISLAM. Tak kiralah apa bangsa mereka itu. Contoh teladan dizaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. dan hadis-hadis Baginda telah jelas terbukti buat kita semua. Juga ayat-ayat ALLAH S.W.T. sudah terang lagi bersuluh juga buat kita semua. Kecuali bagi mereka yang ingkar dengan ayat-ayat ALLAH S.W.T. dan hadis-hadis Nabi s.a.w.Kenapa masih lagi kita ingin mengingkarinya? Cukuplah berjuang atas nama BANGSA (asobiyyah). Kegiatan berpolitik yang karut marut membawa kita semua ke arah kebinasaan, kemusnahan, kehancuran dan berbagai. Dari dulu hingga sekarang tak habis-habis mempolemikkan isu ini. Sekali pilihanraya dan persidangan agung UMNO maka bergemalah isu seumpama ini. Tak jemu-jemu ke???. Hanya sekadar cakap tapi kotanya, ALLAH S.W.T saja yang lebih mengetahuinya.
Sepatutnya para pemimpin yang berkedudukan tinggi wajib memahami ini semua. Semua mereka berpendidikan tinggi-tinggi belaka. Tak ada lagi sebab untuk memberi alasan bahawa mereka ini tidak tahu. Kriteria pemilihan setiap pemimpin sudah tentu disandarkan kepada itu semua. Kalau tak ada kelayakan sudah tentu mereka ini tidak akan dilantik.
Sedarlah wahai pemimpin yang teras perjuangan mereka atas nama bangsa "MELAYU". Marilah kita balik ke pangkal jalan, kerana asas perjuangan kalian semua telah disusun atur dengan begitu licin dan licik oleh para penjajah Yahudi/ Kristian sebelum ini yang telah menjajah kita semua hingga ratusan tahun lamanya.
Akhirnya saya ingin mengesyorkan supaya semua kita yang telah, sedang dan akan meneruskan perjuangan atas nama bangsa "MELAYU" supaya segera bertaubat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH S.W.T. Justeru itu marilah sama-sama kita memulakan lembaran baru dan berjuang atas dasar ISLAM. ALLAH S.W.T. sendiri memberi jaminanNya kepada para pejuang seperti ini. Semua bangsa dan agama yang ada di atas muka bumi ini pasti dapat menerima konsep ISLAM ini kerana leluhur awal mereka dan kita semua adalah satu iaitu Nabi Allah Adam a.s. dan Siti Hawa. Cuma mereka dan mungkin kita juga telah "hilang punca" sebenar dan terbawa-bawa hingga sekarang.
Yakinlah dengan jaminan Robbuljalil. Dialah maha pencipta, Dialah maha penggubal undang-undang, Dialah maha penunjuk jalan yang lurus dan Dialah jua yang akan melaksanakan sebenar-benar pembalasan di akhirat kelak.
Wallahu a'lam.
"

No comments
Post a Comment