Baru aku tahu Selangor ada 400,000 babi.

Semalam ana memaksa diri untuk menonton berita dari rangkaian munafik TV3. Ana memaksakan diri kerana untuk berlawan dengan musuh, kita perlu mengenali musuh terlebih dahulu. Isu yang dibawa oleh parti jahat BN perlu diketahui.

Semasa siaran berita menyiarkan tajuk babi di Selangor, terpampanglah muka hensem jadian tempe mantan MB Selangor wak jawa Khir Toyo berkata sesuatu tentang isu babi.
"Selangor sekarang mempunyai 400,000 ekor babi, sedangkan keperluan di Selangor hanya 250,000 ekor babi sahaja", itulah yang dinyatakan oleh mantan MB Selangor apabila membuat press statement kepada wartawan Malaysia yang suka menipu.

Haram punya BN, barulah ana tahu selama ini kerajaan negeri Selangor BN telah membiarkan lebihan babi sebanyak 150,000 ekor bermastautin di negeri Selangor. Dah lah babi terlebih mastautin, sungai dan pantai morib pula dibiarkan tercemar selama bertahun-tahun dengan najis babi.

Pada pendapat ana, isu babi ini perlu disensasikan lagi agar pekung busuk BN dapat didedahkan sededah-dedahnya kebusukannya kerana mereka-mereka ini adalah bekas pemimpin yang berhati busuk lagi penipu dan tiada maruah diri sekotor binatang yang terlebih mastautin di negeri Selangor.

Sedap-sedap mulutnya mereka-mereka yang jahat dari BN ini menuduh PAS dan PKR menghalalkan babi sedangkan merekalah yang membiarkan babi dibela berleluasa di bumi Selangor dengan kekotoran disepahkan ke alam sekitar tanpa kawalan. Apabila kerajaan Pakatan meluluskan kembali apa yang telah diluluskan oleh kerjaan BN dahulu yakni projek ternakan babi cara moden yang tidak menyepahkan najis-najis babi keluar dari kandangnya, mereka pula buat fitnah dan menipu bulat-bulat PAS dan PKR sekongkol dengan DAP menjadikan Selangor tempat bela babi yang terbesar.

Inilah dia, manusia-manusia yang berhati busuk sebusuk binatang yang terlebih mastautin di bumi Selangor. Ingatkan, setelah kalah, maka mereka akan insaf dan bertaubat kepada tuhan masing-masing, rupanya tidak, perangai mereka menjadi bertambah hina lagi hodoh sungguh menjijikkan sekotor najis yang terapung-apung di pantai morib yang sudah kotor itu.

Inilah dia, artikel ana khusus kepada BN Selangor di dalam isu babi ini. Selama ini, ana menggunakan ayat yang cantik molek untuk berhujah, namun untuk isu babi di Selangor, inilah ayat padanan yang terbaik di tuju kepada seluruh jentera BN Selangor yang jahat lagi jahanam. Ana doakan agar BN akan hancur di dunia dan akhirat. Amin!
"

No comments

Powered by Blogger.