buang khairy jauh-jauh........

TUNTUTAN reformasi dalam UMNO tidak lengkap kalau tidak disentuh mengenai apa yang di klasifikasi sebagai penasihat Pak Lah di Tingkat 4. Mereka inilah yang dikatakan nadi Pak Lah dan di tunjang oleh anak dan menantu Pak Lah sendiri.

Kritikan mengenai mereka yang terlibat dalam menentukan setiap keputusan yang dibuat Pak Lah secara tidak langsung menyebabkan PRU 12 baru-baru menyaksikan keadaan yang hampir kritikal dialami oleh Pak Lah sehingga Perdana Menteri menajdi nanr serta kucar kacir.

Sebelum ini,sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai Tingkat 4 tetapi tidak ada yang berani mengatakan bahawa mereka yang di tingkat 4 seperti Kamal Khalid pengarah komunikasi , Ahmad Zaki Zahid Ketua Unit Polisi dan yang lain-lain termasuk Vincent Lim yang berada di bawah telunjuk Khairy Jamaluddin yang banyak menyumbang kepada kehilangan 2/3 majoriti Barisan Nasional. Banyak menjadikan Pak Lah dan kerajaan pimpinan beliau sedang menghitung hari untuk rebah ke bumi.

Tingkat 4 ini juga telah diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir pada setiap kali ada kesempatan dan menjadi titik mula kepada kemarahan dan kebencian Tun kepada pimpinan Pak Lah sebagai mereka yang akan membuat keputusan, merancang dasar negara, membentuk identiti Pak Lah, mengurus dan menentukan tender untuk diagihkan kepada kroni dan mereka akan menuruti apa sahaja kehendak Khairy Jamaluddin yang membabitkan keseluruhan posisi Perdana Menteri.

Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang pernah berurusan dengan mereka di tingkat ini akan mengeaskan bahawa kuasa yang mereka ada lebih besar dan lebih berpengaruh daripada kuasa Perdana Menteri sendiri.

Menurut Mahathir mereka inilah yang terdiri dari anak muda yang bakal menghancurkan negara ini. Anak-anak muda yang mentah politik tetapi berlagak mereka adalah yang terbilang kerana mereka mendapat pendidikan daripada luar negara.Tangan-tangan ghaib merekalah dikatakan yang akan menjual negara ini.

Sebenarnya reformasi dalam UMNO tidak akan dapat tercapai sekiranya mereka ini terus berkuasa dalam mempengaruhi keputusan Pak Lah. Merekalah antara yang menjadi punca besar kepada kemusnahan imej Pak Lah. Merekalah antara yang menjadi sebab Pak Lah dilihat sebagai Perdana Menteri yang tidak menyakinkan rakyat. Gerak kerja merekalah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kelam kabut dan sekaligus bakal menghumbankan Pak Lah ke kancah penghinaan.

Sekiranya ini berterusan berlaku bukan sahaja UMNO yang akan berada dalam lipatan sejarah malah yang paling menyedihkan adalah kerana kita terpaksa akur dalam laungan reformasi UMNO sedang mula bergolak.

Ini juga perlu di ubah kalau Pak Lah serius dalam melakukan perubahan struktur pentadbiran agar ia bersih dan berseri-seri.

Tidak ada maknanya sekiranya ini berterusan berlaku lantas laungan reformasi akan menjadi hambar dan UMNO akan terus terhumban dalam keadaan yang amat menghinakan.

Bubarlah Tingkat 4 dan gantikan dengan mereka yang lebih ikhlas bekerja untuk kerajaan, UMNO serta Barisan Nasional dan bukan mereka yang bakal terpengaruh serta tunduk dengan menantu Pak Lah semata atas kepentingan tertentu.

Pembubaran ini perlu agar Tingkat 4 di ubah menjadi monumen sebelum UMNO sendiri menjadi monumen di muzium negara. Posisi strategik budak-budak hingusan tingkat 4 inilah yang dikatakan penyebab kenapa UMNO sekarang bercakaran. Bawah naungan Khairy maka semua perkara dalam isu-isu pentadbiran sehingga politik dapat ditentukan dan dipengaruhi oleh mereka.

Apa pun Tingkat 4 adalah bala yang kini melanda bukan sahaja Pak Lah tetapi UMNO secara keseluruhan. Desakan perlu dibuat agar mereka dalam Tingkat 4 ini dikeluarkan.

Mahathir sendiri mengakui kuasa yang ada di tingkat 4 dan kepercayaan bahawa inilah juga antara punca yang tidak menyihatkan UMNO.

Mungkin pembubaran mereka ini adalah langkah reformasi yang perlu diambil dalam memungkinkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional di terima semula. Sekiranya mereka ini terus berkuasa dan berterusan menjadi penasihat kepada Pak Lah, tunggulah natijahnya.

Posted by Anti Khairy

No comments

Powered by Blogger.