Kad Merah Sudah Pun Diberi

Kad Merah Sudah Pun Diberi
Abdullah Enggan Undur Diri?

Rakyat sudah memberikan “kad merah” kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi PRU12. Ini bermakna, rakyat mahukan Abdullah mengundurkan diri daripada gelanggang siasah tanahair.

Tapi, Abdullah bertahan kerana kononnya beliau mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO dan BN. Sebab itulah Abdullah mengatakan beliau tidak akan berundur kerana “tiada tekanan” untuk bertindak sedemikian.

Nah. Sekarang apa sudah jadi? Rakyat kian marah dan kecewa. Menteri seperti Nazri pula kian membakar kemarahan dan kekecewaan tersebut.

Berikut, bacalah sendiri laporan Utusan Malaysia seperti di bawah ini:

Ahli UMNO berhak tentukan kedudukan PM

PUTRAJAYA 20 April - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan meskipun sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan tentang perlunya perubahan dalam kepimpinan parti itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, ahli UMNO mempunyai hak untuk menentukan kedudukan Perdana Menteri kerana Abdullah dipilih menduduki jawatan itu berdasarkan keputusan ahli-ahli UMNO yang memilihnya untuk menjadi Presiden parti.

"Soal Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, mengikut pandangan saya yang tidak cerdik, itu adalah tidak tepat.

"Abdullah sebenarnya dipilih oleh ahli UMNO yang memilih beliau sebagai Presiden parti dan mengikut konvensyen, sebagai Pengerusi BN beliau dipilih sebagai Perdana Menteri.

"Usah didebatkan soal ini kerana apapun Abdullah datang dari UMNO dan kepada UMNO ia (kedudukannya) harus kembali," kata Muhyiddin ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempersoal kan hak UMNO untuk menafikan kemahuan rakyat yang inginkan Abdullah menjadi Perdana Menteri seperti yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mohamed Nazri membidas segelintir pemimpin UMNO termasuk yang bertaraf menteri kerana tidak putus-putus menyarankan Abdullah berundur dan menyifatkan mereka sebagai 'kurang cerdik'.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pandangannya mengenai isu peralihan kuasa dalam wawancara dan kenyataan kepada media sebelum ini lahir daripada rasa cinta dan sayang kepada UMNO serta bangsa Melayu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

kuda kepang

No comments

Powered by Blogger.