Pelatih PLKN lahir bayi di pusat latihan

Bharian - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mulanya mengadu mengalami buasir mengejutkan pengurusan dan pegawai kesihatan sebuah kem latihan di Kemaman apabila sebenarnya sedang kesakitan untuk melahirkan bayi lelaki sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terbabit tidak mengisytiharkannya mengandung, malah keluarganya sendiri tidak dapat mengesan perubahan fizikal pada tubuhnya sebelum melapor diri di kem PLKN berkenaan pada 18 Mac lalu.

Beliau berkata, pelatih itu yang akhirnya diberi pengecualian daripada menyertai PLKN dipercayai melahirkan bayi akibat terlanjur dengan teman lelaki memberi alasan sakit buasir selepas tiga hari melapor diri di kem berkenaan bagi membolehkannya dikecualikan daripada menyertai aktiviti fizikal sepanjang program itu.

"Bagaimanapun, tiga minggu selepas berada di kem dia mengadu sakit perut dan pegawai kesihatan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tetapi sangat mengejutkan apabila dia disahkan doktor sedang sakit untuk bersalin.

No comments

Powered by Blogger.